Tuesday 22 September 2015

Berat Yoyo


Alahai, sudah lama aku tak menulis di blog ini. Ingatkan dah banyak sarang labah-labah. Mujurlah spiderman tak tinggal kat sini.

Apa pun, aku nak mengaku secara jujur, berat badan aku naik semula. Tapi ia mendatar apabila mencecah sekitar 70kg

Wahhh!!! Nampaknya blog ini tidak boleh dipercayai lagi.

Itulah juga realiti, pernah aku turun 10kg dan mencapai berat ideal yang di idamkan selama ini.

Sehingga rakan kenalan aku respek dengan penurunan berat badan.

Tetapi setelah berat badan naik semula, mereka mula mengkritik aku.

Hmmm, alangkah bodohnya mentaliti bangang mereka ini. Mereka tak pernah susut berat badan hatta 1kg atau setengah kilo, tetapi mengkritik. Duk perhati kejayaan dan kegagalan orang lain, tapi hakikatnya diri sendiri tak pernah berubah. Mentaliti dungu pian.

Ini beza orang bodoh (kawan aku) dan orang berilmu (aku) hehehe.

Meh sini aku jelaskan, berat badan ni adalah dinamik, fleksibel, adjustable, dan yoyo.

Kalau berat ni asyik bertambah, itu petanda nak mampus.
Kalau berat ni asyik berkurangan, itu juga petanda nak mampus.

Untuk maintain berat badan pada nilai berat dan statik sepanjang masa adalah mustahil.

Kerana banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan berat badan.

Ingat!! Berat badan adalah dinamik!

Hatta, atlet pun menghadapi masalah nak maintain berat badan.
Jika dapat maintain dalam julat yang tertentu adalah suatu pencapaian yang hebat.

Kenapa berat badan kita bertambah dan berkurang?
Banyak faktor antaranya ialah jumlah kalori diambil atau dengan kata lain, makanan yang kita muntakedarah setiap hari. Tetapi apakah yang mempengaruhi pemakanan kita setiap hari? Faktor yang mempengaruhi ialah stress, musim kenduri kendara yang berpanjangan, menu yang dimasak oleh bini setiap hari, dan macam-macam lagi.
Ada juga ubat-ubat tertentu juga menyebabkan berat badan bertambah seperti pil hormon-hormon jantan dan betina.

Oleh kerana banyak faktor-faktor, maka nak lebih mudah bagi kita ialah kawal faktor utama iaitu "kalori masuk dan keluar".

Jika mahu berat maintain - pastikan kalori masuk dan keluar adalah seimbang.
Jika mahu berat kurang - pastikan kalori banyak keluar dari masuk
Jika mahu berat bertambah - pastikan buka mulut macam mesin basuh dan telan apa sahaja yang boleh dimakan.

Apa implikasi berat yoyo ini?
Stress dan sedih. Ya betul, nak kurangkan berat badan sebenarnya tak mudah, tetapi tak susah. Tetapi nak naikkan berat badan, sangat senang.
Tetapi, kita kena terima secara positif, berat yoyo petanda badan kita respon dengan baik dan petanda sihat.

Cuma tengok pesakit kanser yang dah teruk, bagilah makan banyak pun, tak gemuk-gemuk. Berat tak naik, bahkan semakin susut. Ini adalah kerana badan dah tak boleh respon lagi dengan makanan yang diambil.

Jadi terimalah dengan positif, berat badan adalah dinamik, yoyo. Boleh bertambah dan berkurang. Sangat mustahil untuk statik.

Yoyo / dinamik berat menandakan badan sihat.

TETAPI AWAS! jangan jadikan alasan ini untuk malas mengurangkan berat badan. Dah tahu gemuk sampai gendut, perut dan dagu berlipat sepuluh, maka wajiblah usaha ke arah mengurangkan berat badan. Walaupun 0.5 kg seminggu.
Jangan sesekali bagi alasan, alaaaa, kalau kurus pun akan naik balik.
Adusss, ada juga yang mentaliti dungu macam.

Apa pun, bagi aku. Menurunkan berat badan, dan berusaha ke arah maintain dalam julat yang ideal adalah peperangan jihad yang tidak akan berakhir sehingga mati.

Aku tak kisah apa orang kritik atau cakap, lantak pi laa..

Thursday 18 December 2014

Makanan terbaik untuk diet

Nasi adalah diet terbaik untuk sumber karbohidrat

Nak tahu makanan apa yang terbaik untuk diet?

Korang rasa apa?

Mee goreng? Mihun? Meggi ketam?

Atau ayam ajo, ikut mazhab atkins diet?

Paling bangang makan coklat dan aiskrim sahaja...Ni jenis diet cari bala.

Dulu aku ingat nak diet jangan makan nasi. Belasah mee goreng lagi bagus.

Atau makan roti ajo. Mungkin makan roti ni famous sedikit, sebab tiru ala-ala barat.

Setelah aku study sikit, makanan paling bagus untuk diet ialah terbahagi kepada 3 yang wajib ada dalam pinggan pada waktu makan yang utama iaitu

1. Sumber karbohidrat: Nasi (kurang dari saiz genggaman tangan) - sekitar 75-100kcal
2. Sumber protein: Ayam atau ikan, lagi baik ikan - sekitar 200kcal
3. Sayur dan fiber: Aku suka makan ulam - sekitar 50 kcal

Jadi waktu  makan utama aku makan sekitar 350-400kcal sahaja.

Untuk snak pula, boleh belasah benda ringan seperti susu rendah lemak separuh gelas, sekeping roti dan madu lebah. Anggaran 100kcal

Jadi bila kira balik 2 kali snack dan 3 kali waktu makan utama total kalori aku ambil ialah sekitar : 1500kcal

Oleh itu terdapat sedikit defisit kalori. Jika aku teruskan sahaja diet semata-mata, berat badan akan turun secara perlahan-lahan. Tetapi, biasalah, ada kalanya aku terlebih makan. Maka terpaksalah aku bersenam setiap hari untuk bakar kalori dan juga pastikan terdapat afterburn effect iaitu rehat tapi kalori terbakar.

Kenapa nasi adalah sumber karbohidrat terbaik? bukan roti atau mee

Adalah bodoh kalau duk ikut diet cara barat tanpa ilmu.

Padahal orang Asia, diet nasi nya adalah lebih hebat.

Nasi memberikan rasa kenyang lebih lama, jadi takde kita meroyan kelaparan. Kerana ia adalah sumber carbohidrat yang low glycemic. Insulin tidak dipancut dari pankreas dengan banyak jika makan nasi. Jadi penyakit meroyan bila lapar berkurangan. Atau nama lain ialah craving.

Jika makan roti, maka rasa kenyang hanyalah sekejap, dalam sejam dah lapar semula. Akan tetapi, makan roti ni sesuai jika kita plan nak exercise dalam masa 30-60minit, kerana ia memberi tenaga segera.

Kot mana pun, aku suka makan nasi, kerana ia mengurangkan cravingness aku.

Kalau korang nak bedal coklat, itu bala besar. Kalau tak caya cubalah. Waktu lapar makan coklat, tak sampai sejam mengeletar kerana hypoglycemia. Ini kerana insulin dipancut dari pankreas dengan banyak bagi response gula berlebihan dari coklat. Insulin menyebabkan rasa lapar teramat sangat.
Huh, kalau boleh coklat tu dimakan untuk hilangkan kempunan sahaja, bukan hilang rasa lapar.

Apa pun, aku tak kisah jika ada orang anti-nasi di sini.

Perut masing-masing, terserahlah nak sumbat kayu, batu atau besi pun. Yang penting kita semua nak kurus.

Wednesday 17 December 2014

Mahu Diet tapi nak makan sedap-sedap


Diet ni penting. 
Kalau bersenam setiap hari angkat gunung Kinabalu sekalipun tak akan kurus jika tak jaga pemakanan (diet). 

Tapi kalau diet semata-mata, agak sukar nak kurus, kerana pembakaran lemak tidak berlaku secara berkesan. 

Ada orang mahu diet, tapi duk fikir nak makan sedap-sedap. 

Bagi pendapat aku, tak kisah nak makan apa sekalipun. Yang penting kena jaga kuantiti yang hendak dimakan. 

Contohnya, ada orang mahu diet, tapi mahu makan coklat. Silakan! Ya betul, kalau ikut peraturan diet, nak makan coklat takde masalah. Cuma makanlah satu ketul kecil empat segi tu. Puas hati tak? Tentulah tak puas kan!. Sebab bila beli coklat satu bar besar, takkan nak kunyah satu ketul yang kecil tu. Lekat celah gigi. 

Hakikatnya dan secara realitinya....

Diet dan ingin makan sedap-sedap itu tidak boleh wujud pada waktu yang sama. 

Apabila mahu kurus, dan komited mahu diet serta senaman yang konsisten. Maka makan itu bukanlah suatu aktiviti untuk bersedap-sedapan dan berseronok. 

Makan hanya untuk hidup. Meneruskan survival di atas muka bumi ini. 

Makan tidak boleh mewah kecuali seminggu atau sebulan sekali pada hari cheat day. Kecewa bukan?

Jika duk fikir nak makan sedap-sedap, tetapi pada waktu yang sama mahu kuruskan badan dengan diet, maka lupakanlah hasrat kuruskan badan. Makanlah sepuas-puasnya ais krim, coklat, dan cup cakes sepuas-puasnya sehingga badan menjadi gemuk gempal. Bila dah gemuk dan rasa mata nak terbalik barulah akan sedar bahawa semua makanan sedap itu adalah racun paling berbisa. 

Itulah hakikat yang aku terpaksa terima bila aku sudah komited mahu kurus dan bersenam. Apalah gunanya jika aku bersenam sampai macam nak mampus, penat gila babi anjing tapi DIET TIDAK DIJAGA. 

Penat tahu angkat dumbbell, buat push up, jumping jack sampai terkentut-kentut. Esoknya bangun pagi tubuh rasa macam kena belasah oleh geng mafia. Tetapi semua usaha itu dirosakkan oleh diet yang tidak terjaga. 

Aku pernah cuba, exercise tapi diet tak jaga dengan strict. Hasilnya buat penat badan. Berat tetap sama, stamina tiada peningkatan yang memuaskan. 

Jika berat badan kurang, diet dijaga dan senaman konsisten maka stamina akan meningkat mendadak.Tubuh bada terasa ringan dan rasa segar setiap hari. Bau busuk usah kata, terus hilang. 

Oh, aku merindui berat aku yang paling cemerlang pernah dicapai iaitu 61kg. Sekarang berat sudah 70kg. 

Tapi aku tidak akan berputus asa....usaha lagi dan lagi. Malam ni buat sculpt 1-2 Power 90 Tony Horton. Dumbbell diangkat ialah 4kg x2. Target calories burn sekitar 300-400kcal. 

Caiyoookkk..

Bagi sesiapa nak kurus secara berkesan, kaedah ekstreme dan cepat sikit. Tapi ianya secara sihat dan tidak merbahaya boleh la cuba Diet Kamikaze. Ini antara ebook paling hebat pernah aku temui. 


Tips hilangkan bau badan


Hari ini aku start semula exercise aku. 
Setelah balik dari kampung bercuti selama 5 hari. 
Habis hancur diet bila balik kampung. 
Exercise usah kata laa ...

Tapi aku pasrah dan redha, hidup ini tak boleh terlalu strict, nanti tak best
Sebenarnya memandu selama 6 jam balik kampung boleh membakar kalori sebanyak 50kcal/setiap jam. Oleh kerana 6 jam memandu, maka jumlah kalori terbakar ialah 6x50kcal = 300kcal. 

Jadi aku tidak rasa kecewa sangat.

Bila balik kampung, jangan tunjuk sangat  diet yang ketat tu, nanti saudara mara dan adik beradik terasa hati. Lebih-lebih lagi ibu kita yang tersayang, penat dia sediakan makanan-makanan yang lazat. 

Tapi janganlah membedal muntah kedarah sampai satu periuk nasi, satu periuk gulai kambing dan satu ekor ayam dibedal seorang. Makanlah secara sederhana, mungkin lebih sedikit heheheheh. 

Apa pun, momentum untuk bersenam pasti berkurang apabila balik rumah. Rasa malas pun ada. Tapi aku tak boleh tahan. Bau badan sudah mula datang seperti dulu. Ketiak semakin tengit. 

Oleh itu, tips aku nak berikan untuk hilangkan bau badan dan bau ketiak ialah dengan membuat senaman / workout. 

Aku menggunakan workout plan Power 90 oleh Tony Horton. Kalau nak download senang ajo, cari kat torrent berlambak. Tapi kalau nak cara yang sah, beli la ajo kat amazon. Harganya pun boleh tahan. 

Bila bersenam, maka badan akan berpeluh giler, habis basah kuyup baju dan menitik-nitik atas lantai. 

Bila peluh keluar banyak, maka toksin pun turut keluar, bau badan pun keluar. 

Tak payah susah-susah nak pakai pelekat kaki nak buang toksin. Tak payah susah-susah nak makan air alkaline bersepai dan macam-macam lagi ubat karut marut. 

Bila exercise, pastikan minum air banyak-banyak. Paksa minum air sampai 500ml ke atas. Syok gila rasanya, seperti tubuh ini di flush oleh air tersebut. Tu tak dikira kentut dan sendawa habis keluar bila exercise. Kalau nasib baik, boleh berak cair lepas exercise, lega perut seperti tubuh di detox. Hahaha. 

Selepas exercise mandi dan pakai sabun lifebuoy, habis kuman kat ketiak meninggal. Badan yang berpeluh dan moisture (lembap) ibarat sponge yang menyerap bau sabun. Jadi bau badan selepas itu menjadi wangi dan bertahan lama. 

Maka aku jarang menggunakan deodorant ketiak dan minyak wangi. Isteri aku pun suka. Aku pun bahagia. 

Insya Allah aku akan cuba pertahankan momentum aku ini, kerana aku sudah benci gila dengan badan yang gemuk. 

Monday 8 December 2014

Kelebihan jadi gemuk

Akhirnya aku bermula semula. Bermula bersenam dan diet.
Ya, setelah aku dah rasa menyampah dengan kegemukan.
Apa masalah bila gemuk?

Macam biasalah, meh aku senaraikan "kelebihan jadi gemuk"

  1. Badan nampak montok dan comel. 
  2. Bau badan special, macam kambing jantan
  3. Bau ketiak pun lagi super special, tenyeh deodorant hari-hari sampai rasa nak bengkak ketiak pun bau masih ada. Satu-satunya cara nak hilang bau badan ialah beli sabun lifebuoy, tenyeh banyak-banyak. Kuman mati, bau hilang sekejap. 
  4. Nak solat duduk tahiyyat akhir tu jadi angan-angan ajolah. Terpaksalah duduk macam tahiyyat awal, kalau jadi tok imam, confirm makmum pandang serong. 
  5. Seluar boleh tukar saiz besar la, sendat sampai rasa "anak burung tiong" dalam seluar nak lemas. 
  6. Perut melipat beberapa lipatan melebihi lipatan 6 pack. 
  7. Potong kuku kaki menjadi masalah, terpaksa tahan sesak nafas sekejap. 
  8. Naik tangga 2 tingkat, termengah-mengah macam nak mampus. 
  9. Asyik mengantuk sepanjang masa
Jadi aku akan sentiasa fikirkan "kelebihan-kelebihan" jika aku mahu jadi gemuk semula. 

Adapun, kalau menjadi kurus...inilah "kelemahan-kelemahan" utama: 
  1. Bau badan memang wangi, bila mandi bau sabun dan minyak wangi melekat di badan. 
  2. Badan berpeluh wangi
  3. Tubuh rasa ringan dan sihat
  4. Tidur sekejap sudah mencukupi
  5. Kena pakai seluar lama 
  6. Jadi muda semula, rupa kacak dan segak. 
Jadi apa pilihan anda... 
Tulisan ini saya tujukan untuk diri sendiri agar lebih insaf. 
Semalam dah start diet...jumlah pengambilan kalori sekitar 1200-1500kcal, 
Exercise menggunakan video workout Power90 oleh Tony Horton. 
Tapi kalau tak larat nak ikut, kat youtube ada program best FitnessBlender. Video Percuma, cuma ebooknya hanya perlu dibeli. 
Apa pun aku kena bermula....

Wednesday 8 October 2014

Tak Tahan Jadi Gemuk!



Aku sudah bosan, tak tahan lagi jadi gemuk.
Sebenarnya takdela teruk sangat gemuk pun, cuma melendut sikit perut aku. Boroi dan ada sedikit spare tayar.
Apa boleh buat, ini adalah balasan untuk kemalasan aku.
Stress, stress, stress...
Stress kerana hidup ini dirasakan sudah tiada penambahbaikan. Omputih cakap "improvement".
Aku ingin hidup yang berkualiti.
Ingin berjaya kaya, hensem dan dapat 6 pack seperti yang diidamkan.

Resolusi aku esok, setelah bincang dengan isteri.

  1. Tidur awal setiap malam
  2. Bangun awal solat tahajud dan doa banyak-banyak agar berjaya kuruskan badan
  3. Senaman setiap awal pagi. 
  4. Hidup mesti berkualiti
  5. Tidak membuang masa
  6. Tingkatkan aktiviti yang memberikan pulangan yang baik terutama dari segi kewangan, kerana harga petrol dah naik, silap-silap aku kena jalan kaki pergi kerja. 
  7. dan banyak lagi....
Minda ini perlu di reset. 
Stress perlu dikurangkan
Hentikan penyeksaan ke atas diri sendiri. 

Itu sahaja catatan aku buat masa ini. 

Nantikan aku yang baru, lebih muda dan bergaya. .....Hiyeahhhh!!

Thursday 18 September 2014

Tazkirah untuk diriku: Jangan berputus asa


Maafkan aku wahai blog ini. Sudah lama aku tidak update blog ini.
Banyak perkara telah berlaku dalam hidup aku sepanjang tempoh menyendiri.
Hidup ini ada turun dan naik.
Iman pun turun naik.
Yang tak turun ialah umur...
Berat pun turun naik.

Sepanjang berbulan-bulan, berat badan aku semakin naik.
Punca utama ialah: STRESS.
STRESS dengan hidup
STRESS dengan pencapaian dalam karier.
STRESS dengan kepenatan menguruskan keluarga dan rumah tangga.
STRESS memikirkan banyak lagi matlamat belum tercapai; matlamat kewangan, matlamat kerjaya, matlamat pencapaian dunia, matlamat akhirat.

Aku rasakan banyak mempunyai alasan. Alasan yang berpunca minda negatif.
Minda yang menghalang, meMALASkan diri aku dari maju ke hadapan.
Mungkin dosa-dosaku terlalu banyak.
Mungkin banyak perkara positif aku tidak lakukan.

Kepala ku berserabut....

Nampaknya aku punya banyak ALASAN, dan seribu dalih.

Kini aku sedar, mahu kurus cukup senang.
Tetapi mahu gemuk lagi senang. Buka mulut dan layan segala nafsu makan sehabis-habisnya. Ibarat mesin basuh masuk ajo dan pulun secukupnya.

Paling susah ialah berISTIQOMAH dalam mengekalkan berat badan yang sempurna.

Terima kasih kepada pembaca blog yang telah meningkat. Sehingga kini aku tidak sedar rupanya statistik pelawat telah mencecah ribuan orang.

Aku perlu reset minda aku ini. Buang segala pemikiran negatif, buang segala macam alasan dari diri aku. Tiada siapa di dunia ini menghalang aku untuk kurus gelombang tsunami kedua.

Aku sentiasa berdoa agar menjadi kurus 60kg 6 pack.

Itulah matlamat terulung aku.

Aku berharap pembaca jangan menjadi seperti aku. Jika jadi seperti aku, maka sama-samalah kita berubah ke arah lebih baik.

Kita hidup bukan untuk memenuhi impian orang lain. Tetapi penuhilah impian kita, Hidup di dunia hanya sekali. Aku ingin pastikan ia bermakna dan bermanfaat kepada orang lain. Sebab itulah blog ini ditulis. Supaya jalan kejayaan yang aku tempuhi memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain. Jika sebaliknya, aku berharap agar kesilapan yang aku lakukan tidak terkena pada orang lain.

Mungkin aku perlukan program diet yang lebih ekstrem. Lebih mantap!

Aku tengah consider nak buat program Diet Kamikaze

Insya Allah ada masa aku kongsikan sejauh mana kehebatan diet ini.