Monday 1 April 2013

Weight training adalah yang terbaik!


Sekarang aku kembali kepada exercise. Buat masa sekarang aku mahu lebih fokus kepada dumbbell workout. Ini adalah kerana dumbbell workout merupakan salah satu weight training exercise. Kelebihan dumbbel training ialah ianya sudah cukup untuk cover cardio workout dan weight training.

Salah satu kelebihan yang aku dapati dari dumbbell workout berbanding jogging, kardio circuit dalam P90 ialah; ianya lebih membakar kalori berbanding kardio semata. Senaman kardio adalah sangat bagus untuk stamina. Tetapi dumbbell workout bagus untuk stamina dan kekuatan. Aku dalam proses berangan-angan nak belajar tentang pilates pulak lepas ni untuk tujuan flexibility badan aku.

Antara istilah yang terkenal berkaitan dengan dumbbell workout ialah "afterburn effect". Kalau nak terangkan dari segi saintifik aku tak berapa reti sangat. Aku jelaskan ajo mengikut kefahaman aku yang tak seberapa ini. Afterburn effect ialah tenaga yang dibakar selepas kita bersenam. Sebab tu namanya ialah After - selepas. Antara senaman yang paling banyak membakar kalori selepas kita bersenam ialah weight training; dumbbell workout adalah salah satu darinya. Ini adalah kerana apabila kita mengangkat beban berat, ia menyebabkan otot mengalami koyakan kecil (microscopic tear). Koyakan kecil pada otot ini menyebabkan kita merasa sakit badan (otot-otot) selepas 24 jam kita membuat senaman "weight training". Kesakitan ini merupakan suatu nikmat kerana ia menunjukkan hasil senaman kita. Tapi kesakitan ini hanya berlaku selepas 24 jam, istilah lain dalam english ialah DOMS (delayed onset muscle soreness). Kalau berlaku waktu senaman, itu bukan DOMS, itu petanda kecederaan waktu senaman, memang selamat hari raya laa jawabnya.

Ok, selepas 24 jam bersenam, rasa sakit otot-otot akan datang, waktu tu kita digalakkan dan hanya boleh melakukan senaman bahagian (region) tersebut hanya selepas tempoh 48 jam dari senaman yang lepas. Ini adalah untuk memberikan ruang masa untuk otot-otot dibaiki semula oleh sistem tubuh badan. Dan yang kena faham di sini ialah sewaktu proses baik pulih otot itu, tenaga akan dibakar dan 90% sumber tenaga utama ialah diambil dari lemak dalam tubuh kita. Fuiyyyyoooo!!!. ni yang aku nak sangat afterbun effect tau. Duk diam lepas exercise, tetapi lemak dibakar.

Satu lagi fakta kena tahu, waktu kita bersenam, samaada kardio atau weight training, lemak tidak dibakar sangat, tetapi 90% tenaga adalah dari glikogen (gula) dan protein (otot) kita yang dibakar. Lemak hanya dibakar sebanyak 10% ajo. Oleh kerana otot-otot pun dibakar waktu senaman, maka aku buat weight training bagi meminimumkan kehilangan otot kerana ia dirangsang dan akan menjadi besar.

Jadi bagi aku, weight training ialah yang terbaik kalau nak turunkan berat badan dan nak dapatkan body yang cantik. Kardio ni sesuai untuk orang yang mahu kurus cekeding ajo. Malam ni aku dah buat dumbbell full body workout. Kalori dibakar sekitar 700kcal. Habis satu liter lebih air aku minum. Letih benar weih. Esok aku rehat, bagi peluang otot aku repair semula. Kalau tak tahan sakit badan, bedal panadol la.

Berat aku duk turun naik fluctuate sekitar 63-62kg, nampak gaya aku kena breakthrough weight loss plateau round ke dua. Perjuangan masih belum selesai....

3 comments:

  1. Workout Weight training mmg berat x turun byk ye.. tapi baju lame2 dh blh pakai

    ReplyDelete