Wednesday 29 May 2013

Cabaran nak maintain berat badan

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Hahahaha, tidak terkata aku dengan keadaan diri aku sekarang. Aku mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu menginginkan berat badan yang unggul 60kg dengan 6 pack. Tetapi nampak gaya matlamat aku agak menjauhi sedikit.

Antara perkara paling senang bagi aku yang berkaitan berat badan ialah: menaikkan berat badan, diikuti menurunkan berat badan. Dan yang paling mencabar giler ialah nak maintain berat badan yang ideal. 

Nak naikkan berat badan senang sahaja, dengan tubuh aku yang berbentuk mesomorph ini, amat mudah untuk bertambah berat. Apa yang aku perlu lakukan ialah samaada membuat senaman bebanan (weight training) untuk menambah saiz otot ATAU aku perlu membuka mulut dan makan sepuas-puasnya mengikut hawa nafsu. Berat bertambah, cuma yang ke-dua itu berat lemak yang bertambah. 

Faktor-faktor yang menyebabkan aku tidak dapat nak maintain berat badan yang ideal ialah; motivasi yang perlu sentiasa dipupuk dan dinaikkan. Lumrah aku ni manusia biasa, ada kalanya mood down, tapi mood makan tak pernah down. Maka berat badan susah nak maintain 

Faktor lain pula ialah; aku sentiasa travelling balik kampung dan rumah mertua. Jadi nak exercise tu agak sukar kerana nak bawa dumbbell ke sana sini. Tambahan pula kemalasan akan merasuk apabila letih memandu kereta. Lebih menerukkan keadaan ialah apabila balik rumah mertua, terdapat banyak makanan-makanan lazat, bab kata orang tua-tua melayu (yang banyak kena penyakit kencing manis dan darah tinggi) rezeki jangan ditolak, musuh ajo yang kena tolak. Maka aku melantaklah kat rumah mertua.

Akan tetapi, dari semua faktor-faktor yang disebutkan, aku rasa faktor terbesar ialah diri aku sendiri. Seperti yang dilihat aku banyak nak bagi alasan-alasan. Bab kata pepatah, hendak tak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sebenarnya exercise dan diet ni tak tunggu travelling atau balik rumah mertua nak dijadikan alasan. Aku pernah terbaca kat website KevinZahri tentang kalau nak pergi travelling, bawa lah makanan yang senang nak makan dan control kalori seperti energy bar. Dulu aku selalu buat sandwich kerana senang nak control kalori, satu keping sandwich sarding hanya 100kcal ajo. Biasanya aku makan sekeping demi sekeping kat atas kereta, hilang mengantuk dan juga kenyang perut. Lebih jimat duit sebab tak payah aku berhenti makan.

Exercise pun banyak cara nak bakar kalori walaupun exercise tu dilakukan dalam tempoh yang singkat. Seperti tabata / HIIT exercise. Buat 6 minit ajo, kalori terbakar sekitar 300-400kcal. Tapi kalau nak buat hati-hati, kena pastikan kita ni sentiasa exercise sebelum ni, sebab ianya memang intense.

Hari ni aku selsema, rasa tersumbat...

Ciss...nak bagi alasan lagi laa tu..ptuihh..

Ok...esok azam aku ialah:

1. Start diet semula, recalculate kalori defisit, daily calories requirement, dan target weight reduction.
2. Buat catatan diet diary
3. Exercise setiap hari target bakar kalori at least 200-300 kalori setiap hari (untuk maintain stamina dan kesihatan)

Target masuk ramadhan dengan berat yang ideal....lepas ramadhan full throttle semula dengan workout dan exercise. Ramadhan ni rehat kejap dari workout, nak ibadat lebih sikit, cover dosa-dosa yang berlambak.