Tuesday 22 September 2015

Berat Yoyo


Alahai, sudah lama aku tak menulis di blog ini. Ingatkan dah banyak sarang labah-labah. Mujurlah spiderman tak tinggal kat sini.

Apa pun, aku nak mengaku secara jujur, berat badan aku naik semula. Tapi ia mendatar apabila mencecah sekitar 70kg

Wahhh!!! Nampaknya blog ini tidak boleh dipercayai lagi.

Itulah juga realiti, pernah aku turun 10kg dan mencapai berat ideal yang di idamkan selama ini.

Sehingga rakan kenalan aku respek dengan penurunan berat badan.

Tetapi setelah berat badan naik semula, mereka mula mengkritik aku.

Hmmm, alangkah bodohnya mentaliti bangang mereka ini. Mereka tak pernah susut berat badan hatta 1kg atau setengah kilo, tetapi mengkritik. Duk perhati kejayaan dan kegagalan orang lain, tapi hakikatnya diri sendiri tak pernah berubah. Mentaliti dungu pian.

Ini beza orang bodoh (kawan aku) dan orang berilmu (aku) hehehe.

Meh sini aku jelaskan, berat badan ni adalah dinamik, fleksibel, adjustable, dan yoyo.

Kalau berat ni asyik bertambah, itu petanda nak mampus.
Kalau berat ni asyik berkurangan, itu juga petanda nak mampus.

Untuk maintain berat badan pada nilai berat dan statik sepanjang masa adalah mustahil.

Kerana banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan berat badan.

Ingat!! Berat badan adalah dinamik!

Hatta, atlet pun menghadapi masalah nak maintain berat badan.
Jika dapat maintain dalam julat yang tertentu adalah suatu pencapaian yang hebat.

Kenapa berat badan kita bertambah dan berkurang?
Banyak faktor antaranya ialah jumlah kalori diambil atau dengan kata lain, makanan yang kita muntakedarah setiap hari. Tetapi apakah yang mempengaruhi pemakanan kita setiap hari? Faktor yang mempengaruhi ialah stress, musim kenduri kendara yang berpanjangan, menu yang dimasak oleh bini setiap hari, dan macam-macam lagi.
Ada juga ubat-ubat tertentu juga menyebabkan berat badan bertambah seperti pil hormon-hormon jantan dan betina.

Oleh kerana banyak faktor-faktor, maka nak lebih mudah bagi kita ialah kawal faktor utama iaitu "kalori masuk dan keluar".

Jika mahu berat maintain - pastikan kalori masuk dan keluar adalah seimbang.
Jika mahu berat kurang - pastikan kalori banyak keluar dari masuk
Jika mahu berat bertambah - pastikan buka mulut macam mesin basuh dan telan apa sahaja yang boleh dimakan.

Apa implikasi berat yoyo ini?
Stress dan sedih. Ya betul, nak kurangkan berat badan sebenarnya tak mudah, tetapi tak susah. Tetapi nak naikkan berat badan, sangat senang.
Tetapi, kita kena terima secara positif, berat yoyo petanda badan kita respon dengan baik dan petanda sihat.

Cuma tengok pesakit kanser yang dah teruk, bagilah makan banyak pun, tak gemuk-gemuk. Berat tak naik, bahkan semakin susut. Ini adalah kerana badan dah tak boleh respon lagi dengan makanan yang diambil.

Jadi terimalah dengan positif, berat badan adalah dinamik, yoyo. Boleh bertambah dan berkurang. Sangat mustahil untuk statik.

Yoyo / dinamik berat menandakan badan sihat.

TETAPI AWAS! jangan jadikan alasan ini untuk malas mengurangkan berat badan. Dah tahu gemuk sampai gendut, perut dan dagu berlipat sepuluh, maka wajiblah usaha ke arah mengurangkan berat badan. Walaupun 0.5 kg seminggu.
Jangan sesekali bagi alasan, alaaaa, kalau kurus pun akan naik balik.
Adusss, ada juga yang mentaliti dungu macam.

Apa pun, bagi aku. Menurunkan berat badan, dan berusaha ke arah maintain dalam julat yang ideal adalah peperangan jihad yang tidak akan berakhir sehingga mati.

Aku tak kisah apa orang kritik atau cakap, lantak pi laa..