Thursday 29 November 2012

5 Kaedah Mendapat Kesedaran Untuk Kurus

Kesedaran atau nama glamer lain ialah "awareness". Kenapa kesedaran ini sangat penting? Sebab segalanya bermula dari kesedaran. Sebab tu banyak kempen kerajaan ada perkataan "kempen kesedaran" sebab ramai lagi masyarakat masih tidak sedar.

Kalau bab gemuk pula, terdapat beberapa kejadian yang berlaku kepada aku menyebabkan aku tersedar bahawa aku mesti kurus. Akan tetapi, untuk menunggu kesedaran itu datang, amatlah malang sekali, terutama apabila perut dah boyot dan montel.

Aku tersedar apabila aku merasa tidak selesa dengan tubuh aku, dikritik dibelakang secara senyap-senyap oleh ibu mertua aku, terpaksa membeli seluar bersaiz besar lantaran perut dan paha membesar. Kerap kali juga isteri aku tertawa melihat spare tayar aku. Tidak lupa juga anak-anak aku yang selalu mencucuk jari mereka ke perut aku dan mengatakan "ayah sudah gemuk", dikhalayak ramai pulak tu.

Aku yakin situasi ini juga berlaku kepada mana-mana si gemuk dan si boroi di luar sana. Ini perkara biasa untuk menyedarkan kita (jika dipandang dari sudut minda positif). Alarm sudah berbunyi, wake up call sudah datang. Jadi apa respon kita.

Pada mulanya, aku bersifat denial, tidak dapat menerima hakikat ini. Jauh disudut hati aku, sangatlah menginginkan berat badan yang unggul dan tubuh yang hensem dan sihat. Kadang kala malu untuk berjumpa kawan-kawan lama takut di kritik "boroi".

Jadi bagaimanakah nak dapatkan kesedaran tentang status diri kita? Ini 5 langkahnya

Pertama: Cermin diri kita dihadapan cermin yang besar. Paling kurang, biarlah nampak bahagian perut tu. Kalau setakat nampak batang hidung dan pipi sahaja tidak cukup. Kalau berdasarkan pengalaman aku, dinding dalam lif tempat kerja aku adalah tempat paling aku benci nak lihat suatu ketika dahulu, sekarang aku gembira setiap kali menaiki lif tersebut kerana aku sudah kurus. Akan tetapi, kalau sudah melihat cermin, tubuh yang gemuk gedempul pun dirasa sangat hensem, maka itu petanda kesedaran belum menusuk masuk dalam hati kita.

Kedua: Minta pendapat jujur dari ahli keluarga terdekat pandangan mereka tentang berat badan kita. Biasanya kalau dalam keluarga jenis mulut laser, tak payah minta pun akan di laser setiap hari. Dalam kes aku, isteri aku, ibu mertua dan anak-anak yang main peranan duk kritik aku.

Ketiga: Jumpa doktor atau pengamal kesihatan untuk mengesahkan status berat badan. Aku selalu mengira BMI (Body Mass Index), rupa-rupanya ada lagi formula bagus iaitu Ideal Body Weight (IDW) yang lebih baik untuk mengetahui berat badan sesuai untuk diri aku. Sebelum diet, berat tertinggi aku ialah 70kg, selepas aku mulakan program diet dan exercise berat menurun sehingga 63kg. BMI aku juga menurun, akan tetapi Berat Badan Ideal masih belum tercapai iaitu sekitar 55-57 kg. Pandangan dari sudut kesihatan sangatlah penting kerana segala apa yang mereka cadangkan adalah berdasarkan kajian saintifik.

Keempat: Lihat gambar-gambar lama. Gambar aku paling hensem ialah sejurus sebelum kahwin, dengan berat badan ialah 59kg. Itulah modal utama untuk isteri aku mengkritik berat badan aku.

Kelima: Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kurangkan ketidakpedulian. Apabila umur aku meningkat, aku lebih concern tentang kesihatan, aku banyak membaca pasal kaedah mencegah penyakit kronik dan aku mula bermuhasabah tentang diri aku. Aku mendapati, hidup ini bukanlah bermatlamatkan "makan dan melantak" semata-mata, tetapi makan hanya untuk sekadar keperluan hidup. Terdapat banyak perkara perlu difikirkan, terutama tentang rakyat negara lain yang miskin dan kebuluran. Sedikit sebanyak ia memberikan keinsafan kepada diri aku agar jangan berlebih-lebihan makan.

Tu tips yang berkesan untuk diri aku. Kalau masih belum sedar-sedar lagi. Tidak mengapa, tunggu ajolah perut boyot tu membesar dan meletup. Ataupun bila terpaksa tukar suspension kereta kat bahagian pemandu setiap 6 bulan sekali baru tahu bahawa tiba masanya untuk kurus.

Sekian.

5 Fahaman sesat dan mitos dalam diet menguruskan badan

Pernah suatu ketika dahulu aku cuba untuk diet, tetapi cara yang salah. Akibatnya, terjelepek aku keletihan dan craving tahap gaban. Akhirnya aku melantak habis-habisan dan berat tidak turun-turun bahkan bertambah. 

Diet cara yang salah dan sesat ni biasanya tak bertahan lama. Biar setinggi gunung everest sekalipun motivasi ada pada diri, tetapi tubuh fizikal tidak akan dapat bertahan.

Antara cabaran utama apabila diet ialah lapar dan craving. Craving ni ialah “rasa geram nak makan”. Ramai yang tersungkur kerana craving. Cara terbaik pula nak redakan craving ialah dengan makan. Sekarang aku telah menemui kebenaran tentang cara diet yang betul. Walaupun aku bukan pakar dalam bahagian nutrition atau dietician tetapi mengenali mitos dan fahaman sesat tentang diet ialah sangat penting. Agar tidak berakhir dengan kekecewaan dan kegemukan. Bab kata orang “pi mai pi mai tang tu ajo".

5 Ajaran sesat yang aku faham sebelum ini pasal diet menguruskan badan ialah: 
  1. Elakkan makan nasi. Ini adalah fahaman paling sesat tahap gaban. Fahaman ini masih lagi menular dengan meluas dan perlu dipantau dengan hati-hati oleh BERNAS Malaysia. Kalau tidak dipantau dan dikawal, ia boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi beras negara. Sampai sekarang aku tak faham kenapa ramai masih menyalahkan nasi yang menyebabkan gemuk. Sedangkan nasi itu ialah makanan tradisi sejak beratus tahun dari zaman sumpahan Mahsuri lagi. Yang paling meloyakan aku ialah, ada yang mengagungkan makanan barat seperti burger, potatoes, spaggeti sedangkan makanan-makanan tersebut juga adalah sumber karbohidrat juga. Kebenaran yang aku perolehi ialah, nasi bukanlah punca utama kegemukan, tetapi kuantiti yang dimakan. Nasi adalah sumber karbohidrat terbaik, cuma perlu diambil dalam kuantiti yang diperlukan sahaja iaitu sebesar penumbuk tangan. Kalau bantai sampai separuh periuk tu memang bukan salah nasi, tapi salah tangan dan mulut si pelantak itu. 
  2. Kalau nak diet kena skip sarapan tertentu. Ini fahaman sesat yang agak popular. Kalau ikutkan saranan yang betul, kena makan 5 kali sehari. Whaatttt !!! 5 kali sehari. Akan tetapi, kebiasaanya ramai kita makan 3 kali sehari kerana kekangan masa. Apabila berpegang pada ajaran sesat suruh skip meal ni, dari 3 kali yang wajib makan tu, akan jadi satu kali sahaja. Selebihnya bantai air kosong dan produk MLM. Aku tertanya-tanya pada diri aku, kalau lah benar ajaran ini, maka kenapa dari 1 kali ajo makan sehari, baik terus tak makan biar terus KO masuk kubur. Ini bukan setakat berat boleh hilang tetapi nyawa pun boleh melayang. Kebenarannya yang aku perolehi ialah, makan hendaklah sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Lebih baik 5 kali sehari. Tetapi apa yang penting ialah kuantiti pengambilan makanan janganlah melebihi dari kalori yang diperlukan. Antara sarapan wajib 3 kali sehari itu, aku makan makanan ringan (snack time) seperti 2 keping sandwich tuna ataupun biskut. Dengan menggunakan strategi ini, aku berjaya mengelakkan craving terhadap makanan.
  3. Makan buah-buahan banyak-banyak sebagai ganti nasi. Ini ajaran sesat tahap ringan. Memang betul makan buah-buahan itu bagus memandangkan ianya mengandungi serat fiber. Dan sesuai bagi yang sembelit berak tahi kambing apabila berdiet. Tetapi perlu diingat, bukan semua buah bagus dimakan sesuka hati. Ini kerana buah juga mengandungi gula ringkas dan mempunyai kalori. Apabila mengambil sesuka hati tanpa mengira kalori, maka ianya akan berpotensi menjadi lemak dalam badan. Yang penting ialah kuantiti dan kualiti buah yang diambil. Kalau takat bedal durian 10 biji (100 ulas) jangan harap la nak kurus walaupun dengan alasan makan buah kerena nak ganti nasi.
  4. Kalau nak kurus kena bergantung kepada produk MLM sepanjang hayat. Konseps meal replacement produk yang diperkenalkan oleh MLM company ialah high protein diet dan low carbohidrat diet. Oleh kerana sifat protein itu memberi rasa kenyang dan mengurangkan craving, maka secara umumnya berat akan turun kerana jumlah kalori yang diambil adalah kurang dari keperluan kalori harian. Akan tetapi, ramai yang pengguna produk MLM ni pemalas bab kira kalori. Kadang kala mereka bedal 5 kali meal shakes menyebabkan purata pengambilan kalori mereka adalah kurang dari 1000 kalori setiap hari. Maka ini menyebabkan mereka terjelepek keletihan. Ramai yang kecundang walaupun konsisten mengambil produk ini, berat tak turun-turun, bahkan naik lagi teruk sebab sentiasa craving kerana low calori diet. Lagi teruk, duit berkoyan-koyan habis dibelanjakan. Pokok pangkalnya, kena kira kalori juga walaupun ambil produk ini. Akan tetapi, kalau dah pandai kira kalori, boleh dikatakan pengambilan produk ini tidak perlu. Kecuali kalau duit ada berkepuk-kepuk dalam poket, tak habis belanja 70 keturunan. 
  5. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein. Kalau nak nampak praktikal lagi fahaman sesat ini ialah "lebihkan makan lauk dan kurangkan makan nasi". Ini fahaman sesat level tinggi sikit kerana ia melibatkan teori sains yang memeningkan kepala. Di sini biar aku permudahkan. Dalam tubuh kita, ada 3 benda ajo yang digunakan sebagai sumber tenaga mengikut urutan. Yang Pertama ialah karbohidrat, biasanya simpanan karbohidrat tak banyak, lepas tu sumber Kedua yang digunakan ialah Protein dari otot kita. Last sekali barulah lemak dipecahkan untuk sumber tenaga. Kalau sumber karbohidrat terlebih, akan disimpan sebagai lemak, sumber protein terlebih disimpan sebagai lemak, dan sumber lemak terlebih juga akan disimpan sebagai lemak. Kot mana pun, kena kira kalori juga. Kalau terlebih makan protein (lauk-lauk), berat tak akan turun juga.
Sebenarnya banyak lagi fahaman sesat dan mitos dalam diet ni, kalau nak listkan semuanya. Aku letak yang common yang berlaku kat diri aku. Ada yang lebih kompleks dari ini. Apa yang terpenting ialah ilmu pengetahuan. Kalau nak dapat ilmu tu carilah dari sumber yang sohih, kalau terbaca blog aku ini, double re-confirm dengan website-website lain. Bukan nak kata blog aku ni menipu, cuma kadang kala aku mungkin tersilap tulis.

Sekian. 

Wednesday 28 November 2012

Kenapa aku mahu kurus

Kenapa aku mahu kurus.
Mahu kurus mesti kena ada sebab yang munasabah. Kalau setakat nak suka-suka sahaja, ia tidak akan berjaya. Ramai orang kata ianya perlukan motivasi dan kemahuan yang tinggi.

Bagi aku, perkara terpenting sekali sebelum “mahu kurus” itu ialah kesedaran untuk kurus. Kadang kala walaupun badan gemuk macam badak sekalipun, kalau tiada kesedaran maka segalanya tidak akan berjaya.

Sebab itu kalau kita tengok kempen Obesiti Kementerian Kesihatan pentingkan tentang kesedaran pasal obesiti dahulu. Bila masyarakat dah sedar maka senang nak suruh mereka diet dan exercise.

Bagi aku kesedaran dah ada selama lebih 2 tahun sebelum ini. Cuma ilmu tu aku tak dapat-dapat sehinggalah ramadhan tahun 2012.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan aku nak sangat kurus ialah:
  1. Nak kecilkan spare tayar jentolak yang ada kat perut aku.
  2. Supaya rasa lebih selesa bila duduk kerana perut boroi menyebabkan aku rasa termengah-mengah
  3. Untuk kurangkan risiko mendapat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung
  4. Supaya hidup ini lebih bermakna dan sentiasa sihat
  5. Supaya lebih hensem dan cantik 
  6. Supaya isteri tidak membebel pasal berat badan
  7. Jimatkan kos membeli seluar, setakat ini aku terpaksa membeli seluar setiap tahun, dan saiz pulak semakin besar.
  8. Aku mahu jadi lebih kuat dan sihat dari sebelum ini
Aku yakin orang yang kurus dan tough akan mendapat kesihatan lebih berkualiti dan mempunyai hidup yang lebih baik dari orang yang gemuk.

Aku rasa faktor-faktor yang aku listkan kat atas adalah lebih kurang sama sahaja bila dibaca kisah-kisah orang yang gemuk mahu menjadi kurus. Yang paling menarik perhatian aku ialah, apabila mereka mengatakan mempunyai masalah untuk mencari baju yang mempunyai saiz yang sesuai.

Setakat ini aku tidak mempunyai masalah mencari baju saiz badan, dan aku tidak dapat bayangkan masalah itu lagi. Tetapi kalau ianya terjadi, aku rasa hidup ini memang susah.

Sekarang aku sudah mempunyai sebab-sebab yang kuat untuk kurus. Semoga ia menjadi penguat semangat aku untuk meneruskan usaha menguruskan badan dan menjadi tough.

Saturday 24 November 2012

Pengenalan

Blog ini aku tulis bertujuan untuk mencatat segala pengalaman aku untuk menjadi seorang lelaki yang kurus dan mempunyai bentuk badan yang "tough".

Setakat ini aku masih belum mencapai "perfect condition" untuk diri aku ini. Tetapi setakat ini aku telah berjaya menurunkan berat aku sebanyak 7kg TANPA MLM produk. Dengan hanya bermodalkan ilmu berharga RM90 sahaja.

Sekarang aku tengah mengkaji kaedah untuk buat workout (senaman) untuk mendapatkan bentuk badan yang "tough".

Aku mahu berkongsi pengalaman ini kepada si gemuk dan si obese diluar sana agar dapat mencetus "wake up call" untuk kurus.

Berat badan menjadi isu selepas aku berkahwin.

Ibu mertua bising-bising dibelakang tentang tubuh aku yang boyot, tetapi di depan aku seronok menjamu aku makan.

Setakat ini ramai manusia yang suka mengkritik orang lain tentang masalah berat badan, tetapi ramai yang tidak mensyorkan jalan yang sesuai.

Dua tahun aku berdoa agar ditunjukkan jalan agar boleh kurus secara sihat.

Aku tidak mahu kurus kerana penyakit seperti kencing manis, kanser, batuk kering dan macam-macam lagi.

Aku mahu kurus dengan cara yang sihat dan semakin sihat.

Aku mahu kurus TANPA bergantung produk MLM. Kebergantungan produk itu belum tentu menguruskan badan aku, tetapi yang pasti ia akan menguruskan poket aku.

Aku mula mengubah persepsi aku tentang orang gemuk. Sebenarnya orang gemuk ialah orang yang paling hensem JIKA mereka berjaya menguruskan badan.

Semua orang adalah hensem dan cantik, kegemukan menutup dua keadaan tersebut.

Jom kita kurus dan "tough".