Thursday 18 September 2014

Tazkirah untuk diriku: Jangan berputus asa


Maafkan aku wahai blog ini. Sudah lama aku tidak update blog ini.
Banyak perkara telah berlaku dalam hidup aku sepanjang tempoh menyendiri.
Hidup ini ada turun dan naik.
Iman pun turun naik.
Yang tak turun ialah umur...
Berat pun turun naik.

Sepanjang berbulan-bulan, berat badan aku semakin naik.
Punca utama ialah: STRESS.
STRESS dengan hidup
STRESS dengan pencapaian dalam karier.
STRESS dengan kepenatan menguruskan keluarga dan rumah tangga.
STRESS memikirkan banyak lagi matlamat belum tercapai; matlamat kewangan, matlamat kerjaya, matlamat pencapaian dunia, matlamat akhirat.

Aku rasakan banyak mempunyai alasan. Alasan yang berpunca minda negatif.
Minda yang menghalang, meMALASkan diri aku dari maju ke hadapan.
Mungkin dosa-dosaku terlalu banyak.
Mungkin banyak perkara positif aku tidak lakukan.

Kepala ku berserabut....

Nampaknya aku punya banyak ALASAN, dan seribu dalih.

Kini aku sedar, mahu kurus cukup senang.
Tetapi mahu gemuk lagi senang. Buka mulut dan layan segala nafsu makan sehabis-habisnya. Ibarat mesin basuh masuk ajo dan pulun secukupnya.

Paling susah ialah berISTIQOMAH dalam mengekalkan berat badan yang sempurna.

Terima kasih kepada pembaca blog yang telah meningkat. Sehingga kini aku tidak sedar rupanya statistik pelawat telah mencecah ribuan orang.

Aku perlu reset minda aku ini. Buang segala pemikiran negatif, buang segala macam alasan dari diri aku. Tiada siapa di dunia ini menghalang aku untuk kurus gelombang tsunami kedua.

Aku sentiasa berdoa agar menjadi kurus 60kg 6 pack.

Itulah matlamat terulung aku.

Aku berharap pembaca jangan menjadi seperti aku. Jika jadi seperti aku, maka sama-samalah kita berubah ke arah lebih baik.

Kita hidup bukan untuk memenuhi impian orang lain. Tetapi penuhilah impian kita, Hidup di dunia hanya sekali. Aku ingin pastikan ia bermakna dan bermanfaat kepada orang lain. Sebab itulah blog ini ditulis. Supaya jalan kejayaan yang aku tempuhi memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain. Jika sebaliknya, aku berharap agar kesilapan yang aku lakukan tidak terkena pada orang lain.

Mungkin aku perlukan program diet yang lebih ekstrem. Lebih mantap!

Aku tengah consider nak buat program Diet Kamikaze

Insya Allah ada masa aku kongsikan sejauh mana kehebatan diet ini.