Wednesday 19 December 2012

Bersenam perlu ada ilmu, bukan pakai bedal ajo


Senaman yang mula-mula sekali aku buat ialah jogging. Kenapa aku suka jogging? Kerana ianya satu-satunya senaman yang aku boleh buat konsisten, kos yang murah; hanya sepasang kasut, dan boleh dilakukan di sekitar kawasan rumah. Dulu aku jogging membabi buta ajo, tiada matlamat yang jelas (walaupun niat nak kuruskan badan), tidak konsisten dan tiada hasil dari senaman tersebut. Apabila tiba musim hujan maka jogging akan terhenti untuk beberapa bulan. Masalah lain pulak, anak aku asyik nak ikut aku keluar rumah nak jogging, kalau bawa mereka, alamatnya tak jadi senaman la aku. Jadi bersiar-siar laa jawabnya. Isteri pulak akan membebel (waktu tu dia tak faham lagi) supaya bawa anak-anak 'jogging bersama'. Last-last aku bosan, baik lepak kat rumah ajo main internet dan layan anak-anak.

Selepas tu aku mula membeli DVD workout cetak rompak hehehe. P90X workout. Pastu aku try buat exercise dalam tu, memang exercise tu intense gila. Buat satu round pun tak habis, pastu terjelepek aku kesakitan selama 5 hari. Habis otot-otot aku sakit, sampai nak jalan pun terkangkang-kangkang. Selepas seminggu aku terus stop, buat bazir duit ajo. Tambahan pula, baru aku tahu P90X ni tak sesuai untuk si lembik macam aku yang tak pernah buat exercise. Kalau untuk orang biasa dia sarankan buat Power 90 dulu. Aiyyyooo..kenapa la aku tak alert pasal benda ni.

Tetapi aku mula seronok dengan idea buat workout kat rumah, tak payah susah payah keluar rumah dan anak-anak tak kacau. Boleh buat bila-bila masa ajo, siang atau malam, pagi atau petang.

Bini aku pun ada membebel (nature orang perempuan) bila melihat aku beli yoga mat, dumbbell etc...last-last tak pakai pun benda tu. Semua benda tu terbiar hampir setahun.

Itulah semua senaman yang aku lakukan sebelum aku mulakan program diet, sebelum aku betul-betul belajar apa itu makna "diet and exercise".......Next-next post nanti aku ceritakan pasal senaman yang aku buat sekarang berdasarkan ilmu yang aku belajar dan kenapa aku suka senaman tu.

Sekian.

Jam tangan Polar FT4: Review dari aku

Ini jam tangan Polar FT4. Aku memang berangan-angan nak sebuah jam tangan memandangkan hampir 5 tahun aku sudah tidak memakai jam tangan.

Setelah aku agak aktif bersenam untuk menurunkan berat badan, aku tertarik dengan jam tangan ini yang berkeupayaan untuk merekodkan segala denyutan jantung sewaktu bersenam dan jumlah kalori yang dibakar sewaktu bersenam.


Di manakah hendak membeli jam tangan ini?

Terdapat beberapa tempat aku survey untuk mengetahui harga terendah yang wujud. Tempat pertama aku survey ialah kedai OneFitnessConcept yang sememangnya terkenal menjual peralatan gym. Tetapi harganya untuk model ini agak mahal. Namun, aku menggunakan kesempatan di kedai tersebut untuk bertanya lebih lanjut tentang jam tangan ini. Ada lagi model yang lebih simple tetapi aku tidak berminat kerana ia tidak berupaya mengira kalori yang dibakar waktu bersenam. Ia hanya boleh merekodkan kadar denyutan jantung sahaja.

Tempat kedua aku survey ialah di www.ebay.com.my. Di situ, terdapat kedai bernama itakios yang menjual dengan harga yang agak murah. Itakios juga mempunyai kedai online. Harganya agak murah sekitar RM320. Tetapi setelah aku membuat survey secara rambang di google, didapati terdapat customer yang komplen pasal kedai ini kerana sentiasa tiada stok dan masalah kelewatan dalam penghantaran.

Selanjutnya aku survey di forum low yat. Di situ, terdapat penjual-penjual Cina yang sangat kompetitif. Harga yang ditawarkan agak menarik. Berdasarkan rating dalam forum, aku mendapati seorang ni ada mempunyai kedai online di Lelong.com.my. Harganya juga agak murah iaitu RM315 termasuk penghantaran. Wow!...memang menarik juga. Kerana kalau termasuk penghantaran, ianya menelan sekitar kos RM10.

Termpat keempat ialah rujukan gold standard aku ialah www.amazon.com. Di situ harga paling murah iaitu RM298. Tetapi penghantaran mengambil masa sekitar 2 minggu, dan tidak pasti mereka boleh hantar ke Malaysia.

Oleh kerana aku mahu cepat, selamat dan senang nak claim waranty, maka aku beli kat lelong.com.my. Kedai online tu bernama Davis Online. Aku rasa kedai dia sahaja yang satu-satunya menjual jam tangan fitness ini.

Apakah fungsi Polar FT4 dan kegunaannya?

Setakat ini, kegunaan jam tangan ini sangat memuaskan hati aku. Kerana aku ada sebuah jam tangan. Dan ia mempunyai fungsi untuk bersenam. Aku bangga memakai jam tangan ini, kerana aku mahu mempromosikan gaya hidup yang sihat. Bersama jam tangan ini terdapat "chest strap" yang berfungsi untuk menghasilkan menghantar denyutan jantung untuk dikesan oleh jam tangan. Ada kawan aku cakap, kalau kita pakai chest strap ni sewaktu lari atas treadmill kat gym, ia boleh detect denyutan jantung kita walaupun tak pakai jam.

Rupa-rupanya, chest strap itu lebih mahal harganya dari jam tangan, iaitu sekitar RM200. Maknanya jam tangan tu hanya berharga RM100 ajo. Huh...menangis aku kalau chest strap tu hilang.

Pada pendapat aku, berbaloi beli jam tangan ni untuk yang serius bersenam dan buat workout. Tetapi, kalau setakat nak bersenam macam orang pondan dan siap boleh menyanyi lagi sewaktu 'bersenam', baik tak payah beli. Nanti bazirkan duit ajo.

Bagi aku, pemantauan kadar denyutan jantung sewaktu bersenam sangat penting. Kerana aku terbaca artikel kat internet; yang penting ialah kadar denyutan jantung kita secara purata dalam zon cardioprotective barulah senaman itu berkualiti. Ada artikel mengatakan jumlah kalori yang dipaparkan tidak berapa tepat dan overestimate.

Dalam jam ini juga dapat save data kita bersenam, jangka masa bersenam, tarikh, jumlah kalori, denyutan jantung maks, minimum, average dan berapa lama kita berada dalam zon.

Sekian. 

Ringkasan 7 langkah untuk kuruskan badan

Di sini aku listkan ikut urutan apa yang aku telah amalkan sehingga aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa 3 bulan.

1. Kesedaran atau "awareness" untuk kurus

Perihal pasal kesedaran ini aku telah sentuh dalam post yang telah lepas. Klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut.

2. Ilmu dan kaedah yang betul

Untuk menguruskan badan, hendaklah menuntut ilmu yang betul. Bukan sekadar hanya membedal sesetengah produk sehingga terpaksa bergantung kepada produk tersebut sepanjang hayat untuk kurus. Pencarian ilmu yang betul amat penting untuk menentukan outcome yang baik dalam menurunkan badan. Di sini aku tekankan, aku berpeleseran dalam internet sambil pening kepala nak memahami konsep tentang nak kurus. Segalanya sangat patchy bagi aku pada permulaannya. Akhirnya barulah aku faham tentang konsep nak kurus setelah membaca website Kevin Zahri.

Jangan sesekali mencuba apa-apa produk di atas muka bumi ini kecuali anda tahu apakah konsep asas untuk menurunkan berat badan.

3. Diet

Kalau nak kurus, kunci utama rahsia diet ialah kalori. Kalori ni sangat penting dan wajib dikira. Kalau nak kurus, pastikan pengambilan makanan (kalori) seharian hendaklah sentiasa defisit dari apa yang diperlukan.
Untuk mengetahui kalori defisit ke tidak. Langkah pertama hendaklah kira BMR / DCR (Basal metabolic rate / Daily Calories Requirement). Selepas tu aku kira setiap apa yang aku makan dan jilat. Walau sesudu air manis aku minum, aku akan buat kiraan kalori. Untuk kiraan kalori, aku gunakan nutrition pro database makanan Malaysia yang aku dapat dari kawan aku. Kalau korang nak database tu (file dalam bentuk pdf) boleh download kat sidebar blog aku ni atau klik kat sini. Aku bagi free of charge ajo info pasal makanan tu. Dalam buku Kevin Zahri pun banyak juga list-list makanan Malaysia. Tapi database yang aku dapat lagi banyak. Perlu diingat, diet adalah kunci untuk kurus!. Ada orang berjaya kurus hanya control diet ajo, tak exercise pun boleh kurus. Fuiyyooo...memang respek aku orang macam ni. Tapi sebelum faham pasal diet tu, pastikan faham dulu mitos pasal diet, sebab ramai orang ingat diet ni kena berlapar sampai tahap kebulur macam kat negara Somalia. Rujuk kat sini kalau nak faham pasal mitos diet

4. Senaman (exercise)

Berdasarkan pembacaan aku dalam website dan ebook kevinzahri, senaman ini tidak wajib untuk kuruskan badan. Tetapi bagi aku, kalau mahu kurus dan tidak mengelebeh, lebih baik buat senaman. Senaman berfungsi meningkatkan fitness secara umumnya dan membuatkan otot-otot kita lebih kental. Kalau kurus sebab otot-otot mengecut apa gunanya, sedangkan lemak berpuluh-puluh inci masih melekat kat badan. Yang penting ialah kurus yang berkualiti. Senaman juga speed up penurunan berat badan aku dan resultnya memang superb jika digabungkan dengan diet kalori yang deficit. Pasal senaman boleh rujuk kat bahagian post-post blog aku berlabel senaman.

5. Supplement

Pada awalnya, aku bedal madu lebah tualang sebagai supplement. Madu lebah ialah suatu supplement yang sangat bagus berdasarkan pembacaan aku. Ianya dikatakan mengandungi hampir ke semua vitamin dan antioksidan. Akan tetapi, aku telah berhenti sementara makan madu lebah, kerana sakit tekak (mungkin panas sikit). Tapi di sini aku nasihatkan kalau makan madu lebah tu, jangan ambil banyak sangat. Cukuplah satu sudu kecil 2 hingga 3 kali sehari ajo. Kesannya memang akan dirasai  selepas hampir sebulan makan madu lebah.

6. Rehat

Rehat merupakan elemen paling penting dalam senaman. Kerana badan dan otot kita lebih kuat semasa rehat. Setiap kali selepas sesi senaman angkat berat, aku akan pastikan badan aku berehat selama paling kurang 48 jam (selepas full body workout plan). Ini untuk memberikan ruang agar otot aku sembuh dan pulih sepenuhnya. Aku tidak buat senaman banyak sangat pun, hanya 3 kali seminggu sahaja.

7. Melihat video-video motivasi. 

Tatkala aku frust apabila terdapat weight loss plateau, aku akan melihat video-video kat youtube seperti "Power 90 before and after". Kat situ banyak orang barat yang gemuk giler, lagi tabah dari aku dalam menruunkan berat badan dia. Video itu sedikit sebanyak memberikan motivasi dan memupuk kesabaran dalam diri aku.

Yang pasti, aku telah berjaya kurus, turun 7 kg dan hampir mencapai berat badan ideal. Aku meneruskan cita-cita aku untuk mendapat tubuh yang tough. Sekarang aku telah study serba sedikit konsep asas workout senaman yang simple, 3 kali seminggu ajo tetapi berkesan. Ianya tidak mudah tetapi tidaklah terlalu sukar.

Setakat itu dulu, nanti aku kongsikan secara detail langkah-langkah di atas tu.

Wednesday 5 December 2012

Blog post berterabur



Susunan blog aku memang berterabur buat masa ini. Aku pun tidak tahu nak susun macam mana. Ini adalah kerana aku telah memulakan program diet dan senaman aku sejak ramadhan tahun ini. Banyak perkara telah berlaku yang sangat-sangat aku ingin kongsikan di sini agar pembaca semua mendapat manfaat.Tetapi sequence apa yang aku nak ceritakan itu terlalu patchy sana sini. Dalam kepala aku ini tidak sabar-sabar nak memuntahkan segala ilmu (macam banyak sangat) dan pengalaman sebenar yang aku alami. 

Akan tetapi, kalau pembaca merasa fed up dengan susunan blog ini yang tidak mengikut urutan dan tidak membantu mereka untuk mencari "good starting point" tentang dimana patut bermula. 

Aku bercadang nak tulis ebook percuma suatu hari nanti. Nanti aku akan bagi free of charge. Ebook itu aku akan cuba sedaya upaya untuk ringkaskan segalanya tips tentang diet dan senaman. Ia hanya menyentuh perkara asas sahaja. Tujuan aku angan-angan tahi ayam nak tulis ebook itu ialah kerana aku mahu semua orang dapat bertindak cepat-cepat bagi mereka yang masih tercari-cari dimanakah hendak bermula untuk kurus. 

Idea muncul pasal nak menulis tentang ebook itu ialah kerana aku hampir 2 tahun menyimpan angan-angan dan tercari-cari cara paling bagus untuk kurangkan berat badan. Dua tahun??$%$^*&# baru berjaya kuruskan badan, aku rasa menyampah dengan diri aku yang lembab ini. 

Jadi aku rasa perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada orang lain. Aku suka melihat kejayaan orang lain menguruskan badan dek kerana nasihat yang aku berikan. Ia telah berlaku kepada 2 rakan sekerja aku dimana mereka berjaya kuruskan badan dengan perkongsian pengalaman aku. Alhamdulillah, semoga aku mendapat sedikit pahala bila mati nanti. 

Sekian.

Lawak antarabangsa: Aku mahu jadi personal trainer!

Ini memang kisah benar pasal aku. Aku kira kisah ini memang lawak dan lucu untuk diri aku. Dulu aku pernah meng 'google' untuk menjadi personal trainer dalam agar dapat menguruskan badan. Persepsi aku ialah, dengan menjadi personal trainer, aku akan diajar untuk kurus melalui senaman-senaman di gym yang hebat. Boleh bayangkan betapa desperate nya aku ingin menjadi kurus dan tough. Akhirnya aku terjumpalah satu website yang menawarkan kursus dan pensijilan untuk menjadi gym instructor dan personal trainer.Website tersebut ialah http://www.fit.com.my/.

Aku menghubungi mereka dengan email, akhirnya aku mendapat panggilan telefon dari pihak mereka. Orang itu sangat baik dan bertanya soalan-soalan untuk membuat saringan aku ni kat level mana. Soalan-soalan yang ditanya ialah:

1. Adakah aku konsisten / kerap bersenam? - Tidak
2. Adakah aku selalu pergi gym? - Tidak pernah
3. Apakah senaman yang selalu aku buat? - Jogging (paling banyak seminggu sekali).

Hahahahaha, aku merasa terpukul dengan soalan-soalan tersebut. 

Cukuplah 3 soalan diatas, aku rasa orang tu mungkin ketawa terguling-guling lepas letak telefon. Orang macam aku tak pernah bau kentut kat gym pun ada hati nak jadi personal trainer. Mujurlah aku tidak walk in ke tempat itu, kalau tak jadi bahan gelak ketawa aku memandangkan tubuh menggeleber dan gempal ni.

Akhirnya, aku punya lah cari info kat website. Barulah aku tahu, tidak perlu jadi personal trainer atau gym instructor untuk kurus. Mungkin itu jalan yang baik, tetapi ianya agak susah sebenarnya. Jalan untuk kurus sebenarnya ialah dengan memahami lebih lanjut konsep mudah dan paling asas tentang pengambilan kalori makanan. Exercise sangat membantu menurunkan berat badan, tetapi ianya mesti bermula dengan kawalan kalori makanan yang bagus.

Di post yang akan datang, aku mahu bercerita panjang tentang kalori makanan.