Di sini aku listkan ikut urutan apa yang aku telah amalkan sehingga aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa 3 bulan.
1. Kesedaran atau "awareness" untuk kurus
Perihal pasal kesedaran ini aku telah sentuh dalam post yang telah lepas. Klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut.
2. Ilmu dan kaedah yang betul
Untuk menguruskan badan, hendaklah menuntut ilmu yang betul. Bukan sekadar hanya membedal sesetengah produk sehingga terpaksa bergantung kepada produk tersebut sepanjang hayat untuk kurus. Pencarian ilmu yang betul amat penting untuk menentukan outcome yang baik dalam menurunkan badan. Di sini aku tekankan, aku berpeleseran dalam internet sambil pening kepala nak memahami konsep tentang nak kurus. Segalanya sangat patchy bagi aku pada permulaannya. Akhirnya barulah aku faham tentang konsep nak kurus setelah membaca website Kevin Zahri.
Jangan sesekali mencuba apa-apa produk di atas muka bumi ini kecuali anda tahu apakah konsep asas untuk menurunkan berat badan.
3. Diet
Kalau nak kurus, kunci utama rahsia diet ialah kalori. Kalori ni sangat penting dan wajib dikira. Kalau nak kurus, pastikan pengambilan makanan (kalori) seharian hendaklah sentiasa defisit dari apa yang diperlukan.
Untuk mengetahui kalori defisit ke tidak. Langkah pertama hendaklah kira BMR / DCR (Basal metabolic rate / Daily Calories Requirement). Selepas tu aku kira setiap apa yang aku makan dan jilat. Walau sesudu air manis aku minum, aku akan buat kiraan kalori. Untuk kiraan kalori, aku gunakan nutrition pro database makanan Malaysia yang aku dapat dari kawan aku. Kalau korang nak database tu (file dalam bentuk pdf) boleh download kat sidebar blog aku ni atau klik kat sini. Aku bagi free of charge ajo info pasal makanan tu. Dalam buku Kevin Zahri pun banyak juga list-list makanan Malaysia. Tapi database yang aku dapat lagi banyak. Perlu diingat, diet adalah kunci untuk kurus!. Ada orang berjaya kurus hanya control diet ajo, tak exercise pun boleh kurus. Fuiyyooo...memang respek aku orang macam ni. Tapi sebelum faham pasal diet tu, pastikan faham dulu mitos pasal diet, sebab ramai orang ingat diet ni kena berlapar sampai tahap kebulur macam kat negara Somalia. Rujuk kat sini kalau nak faham pasal mitos diet
4. Senaman (exercise)
Berdasarkan pembacaan aku dalam website dan ebook kevinzahri, senaman ini tidak wajib untuk kuruskan badan. Tetapi bagi aku, kalau mahu kurus dan tidak mengelebeh, lebih baik buat senaman. Senaman berfungsi meningkatkan fitness secara umumnya dan membuatkan otot-otot kita lebih kental. Kalau kurus sebab otot-otot mengecut apa gunanya, sedangkan lemak berpuluh-puluh inci masih melekat kat badan. Yang penting ialah kurus yang berkualiti. Senaman juga speed up penurunan berat badan aku dan resultnya memang superb jika digabungkan dengan diet kalori yang deficit. Pasal senaman boleh rujuk kat bahagian post-post blog aku berlabel senaman.
5. Supplement
Pada awalnya, aku bedal madu lebah tualang sebagai supplement. Madu lebah ialah suatu supplement yang sangat bagus berdasarkan pembacaan aku. Ianya dikatakan mengandungi hampir ke semua vitamin dan antioksidan. Akan tetapi, aku telah berhenti sementara makan madu lebah, kerana sakit tekak (mungkin panas sikit). Tapi di sini aku nasihatkan kalau makan madu lebah tu, jangan ambil banyak sangat. Cukuplah satu sudu kecil 2 hingga 3 kali sehari ajo. Kesannya memang akan dirasai selepas hampir sebulan makan madu lebah.
6. Rehat
Rehat merupakan elemen paling penting dalam senaman. Kerana badan dan otot kita lebih kuat semasa rehat. Setiap kali selepas sesi senaman angkat berat, aku akan pastikan badan aku berehat selama paling kurang 48 jam (selepas full body workout plan). Ini untuk memberikan ruang agar otot aku sembuh dan pulih sepenuhnya. Aku tidak buat senaman banyak sangat pun, hanya 3 kali seminggu sahaja.
7. Melihat video-video motivasi.
Tatkala aku frust apabila terdapat weight loss plateau, aku akan melihat video-video kat youtube seperti "Power 90 before and after". Kat situ banyak orang barat yang gemuk giler, lagi tabah dari aku dalam menruunkan berat badan dia. Video itu sedikit sebanyak memberikan motivasi dan memupuk kesabaran dalam diri aku.
Yang pasti, aku telah berjaya kurus, turun 7 kg dan hampir mencapai berat badan ideal. Aku meneruskan cita-cita aku untuk mendapat tubuh yang tough. Sekarang aku telah study serba sedikit konsep asas workout senaman yang simple, 3 kali seminggu ajo tetapi berkesan. Ianya tidak mudah tetapi tidaklah terlalu sukar.
Setakat itu dulu, nanti aku kongsikan secara detail langkah-langkah di atas tu.
No comments:
Post a Comment