Thursday 11 July 2013

Inspirasi di Bulan Ramadhan




Teringat kembali Ramadhan tahun lepas. Ianya cukup nostalgia bagi aku kerana ia merupakan titik permulaan aku berubah. Aku berjaya menurunkan berat badan hampir 10 kg dalam masa 2-3 bulan. Dari situ juga aku mengenal apa itu diet yang berkesan melalui pembacaan ebook Kevin Zahri.

Walaupun perjalanan aku tidaklah sehebat dalam video yang aku paparkan. Tetapi ianya cukup bermakna bagi aku. Tidak pernah dalam hidup aku merasa detik-detik waktu yang sangat sihat dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak itu. 

Akan tetapi, berat badan aku telah naik semula sebanyak 5 kg. Aku tidak merasa kecewa bahkan lebih bersemangat, kerana pertarungan pusingan ke dua pastinya lebih sengit dan mencabar.

Apabila aku rasa down, aku akan melihat kembali video ini. Terkedu dan terharu apabila melihat seorang lelaki berumur hampir 50 tahun, separa lumpuh selama 15 tahun akhirnya boleh kembali berlari dan menjadi personal trainer untuk mengubah hidup orang lain. 

Angan-angan aku juga ialah untuk menjadi sumber inspirasi agar dapat memberikan sedikit manfaat dalam hidup orang lain. 

Untuk Ramadhan kali ini, aku cuba sedaya upaya untuk menurukan 5 kg berat badan. Aku target untuk mencapai penurunan yang berkualiti iaitu penurunan lemak bukannya otot. Perlu kita ketahui, kalau puasa sahaja, kebanyakan otot dan sedikit lemak kita akan hilang. Jadi untuk minimumkan kehilangan berat otot, aku telah membuat beberapa siri whole body workout menggunakan dumbbell. 

Akan tetapi, dalam siri ebooks Kevin Zahri, beliau tegaskan bahawa jangan terlalu membuat senaman yang berat. Tambahan pula, bulan puasa kebanyakan orang akan turun berat badan kerana makan 2 kali sehari ajo. Kecuali yang melantak 2 pusingan waktu moreh. 

Aku cadangkan sesiapa yang serius nak turun berat badan, tuntutlah ilmu dulu. Laburkan sedikit duit beli ebooks kevin zahri. Belajar dulu konsep diet dan senaman yang betul. 

Sepanjang hidup aku, tak pernah aku rasa menyesal beli buku ini. Dan sepanjang hidup aku mencari-cari, inilah buku yang terbaik pernah aku jumpa yang menyesuaikan konsep diet gaya makanan rakyat Malaysia. 

Jom kita kuruskan badan di bulan Ramadhan ini. Jangan lupa naikkan berat pahala juga.