Mahu kurus mesti kena ada sebab yang munasabah. Kalau setakat nak suka-suka sahaja, ia tidak akan berjaya. Ramai orang kata ianya perlukan motivasi dan kemahuan yang tinggi.
Bagi aku, perkara terpenting sekali sebelum “mahu kurus” itu ialah kesedaran untuk kurus. Kadang kala walaupun badan gemuk macam badak sekalipun, kalau tiada kesedaran maka segalanya tidak akan berjaya.
Sebab itu kalau kita tengok kempen Obesiti Kementerian Kesihatan pentingkan tentang kesedaran pasal obesiti dahulu. Bila masyarakat dah sedar maka senang nak suruh mereka diet dan exercise.
Bagi aku kesedaran dah ada selama lebih 2 tahun sebelum ini. Cuma ilmu tu aku tak dapat-dapat sehinggalah ramadhan tahun 2012.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan aku nak sangat kurus ialah:
- Nak kecilkan spare tayar jentolak yang ada kat perut aku.
- Supaya rasa lebih selesa bila duduk kerana perut boroi menyebabkan aku rasa termengah-mengah
- Untuk kurangkan risiko mendapat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung
- Supaya hidup ini lebih bermakna dan sentiasa sihat
- Supaya lebih hensem dan cantik
- Supaya isteri tidak membebel pasal berat badan
- Jimatkan kos membeli seluar, setakat ini aku terpaksa membeli seluar setiap tahun, dan saiz pulak semakin besar.
- Aku mahu jadi lebih kuat dan sihat dari sebelum ini
Aku rasa faktor-faktor yang aku listkan kat atas adalah lebih kurang sama sahaja bila dibaca kisah-kisah orang yang gemuk mahu menjadi kurus. Yang paling menarik perhatian aku ialah, apabila mereka mengatakan mempunyai masalah untuk mencari baju yang mempunyai saiz yang sesuai.
Setakat ini aku tidak mempunyai masalah mencari baju saiz badan, dan aku tidak dapat bayangkan masalah itu lagi. Tetapi kalau ianya terjadi, aku rasa hidup ini memang susah.
Sekarang aku sudah mempunyai sebab-sebab yang kuat untuk kurus. Semoga ia menjadi penguat semangat aku untuk meneruskan usaha menguruskan badan dan menjadi tough.
No comments:
Post a Comment