Sudah seminggu aku tidak bersenam. Pada hujung minggu yang lepas, aku membeli plywood yang paling tebal didapati di kedai hardware. Aku potong dan buat aerobic step box. Kalau nak beli kat onefitness concept punyalah mahal RM220.00. Itu pun tak puas hati sebab ketinggiannya tidak cukup ummpphh untuk aku buat latihan quadriceps muscle aku.
Hari ini, aku rasa macam nak demam, dah la diet pun tak berapa strict pulak. Kini aku sedar bahawa part yang paling susah dalam proses mengurangkan berat badan ialah part nak maintain berat badan yang ideal. Berat aku yang paling rendah pernah aku dapat ialah 60kg. Sekarang berat aku sekitar 65kg. Tetapi aku tidaklah runsing sangat pun, sebab aku turun berat badan hanya bermodalkan RM60 ajo untuk beli complete pakej ebook dari website www.kevinzahri.com. Dalam masa sebulan aku yakin boleh turunkan berat badan sekitar 2-3kg. Bagi aku nak turun berat badan itu senang sahaja, tapi nak naikkan berat badan lagi laa senang giler. Part paling susah nak maintain berat badan huhuhuhu.
Oleh kerana aku tak tahan badan dah rasa lembik macam ayam berak kapur, cek suhu badan takde la demam. Aku geram, ambil botol air, buka video workout Power 90 yang aku letak dalam iPad aku. Aku mula bersenam buat Sculpt circuit sampai habis. Bantai 5kg dumbbell di kedua belah tangan. Menyesal juga guna 5kg, patutnya aku letak ego kat belakang pintu dan mulakan dengan 3 kg. Tobat!...Tobat! aku tak buat dah camni.
Lepas sejam buat workout, baru aku rasa lega. Hilang rasa tension, depression, manic, gila babi dan segala macam perasan. Ni yang aku semangat semula nak menulis blog ni.
Sebenarnya, berdasarkan pembacaan aku yang tidak seberapa, senaman workout ni banyak khasiat. Lebih baik khasiatnya dari minum power root tongkat ali dan tongkat basikal. Senaman ni boleh mencegah banyak penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gila babi, kemurungan dengna syarat ianya digandingkan dengan pemakanan yang seimbang dan sihat. Kalau tak percaya, cuba cari dalam google scholar dengan keyword 'exercise'. Sudah pasti berjuta-juta journal dan artikel akan keluar yang menceritakan pasal kajian barat tentang kehebatan khasiat bersenam.
Masyarakat kat Malaysia ni masih kurang yang bersenam dengan cara yang betul dan 'betul-betul' bersenam. Setakat jalan-jalan dengan makwe kat taman tu bukan namanya bersenam. Paling aku sedih kalau orang kat Malaysia ni tak sihat ajo, terus fikir nak makan supplement itu dan ini, semuanya asyik pasal 'makan' ajo. Mungkin sebab aktiviti makan paling senang kot nak dibuat oleh kebanyakan orang kita ni.
Kalau nak tahu bersenam tu efektif ke tidak, cuba ukur denyutan jantung, pastikan ianya sekitar 150/min barulah namanya bersenam. Denyutan yang laju sewaktu bersenam tu berkhasiat boleh melindungi dari penyakit jantung. Tapi kalau nak pengiraan paling tepat ialah (200-umur sekarang) x 80% = denyutan jantung yang berkhasiat memberikan perlindungan pada jantung.
Sekarang ni aku kena bersemangat semula dengan bersenam, nak tahu kenapa? Sbb aku tengok video kat youtube. Kalau korang tengok video ni, aku rasa pasti akan bersemangat giler nak bersenam dan nak buat sesuatu perubahan dalam hidup masing-masing. Jom tengok video ni, aku harap ianya memberi makna dan inspirasi kepada korang semua.