Thursday 14 March 2013

Bersenam itu ubat paling berkesan


Sudah seminggu aku tidak bersenam. Pada hujung minggu yang lepas, aku membeli plywood yang paling tebal didapati di kedai hardware. Aku potong dan buat aerobic step box. Kalau nak beli kat onefitness concept punyalah mahal RM220.00. Itu pun tak puas hati sebab ketinggiannya tidak cukup ummpphh untuk aku buat latihan quadriceps muscle aku.

Hari ini, aku rasa macam nak demam, dah la diet pun tak berapa strict pulak. Kini aku sedar bahawa part yang paling susah dalam proses mengurangkan berat badan ialah part nak maintain berat badan yang ideal. Berat aku yang paling rendah pernah aku dapat ialah 60kg. Sekarang berat aku sekitar 65kg. Tetapi aku tidaklah runsing sangat pun, sebab aku turun berat badan hanya bermodalkan RM60 ajo untuk beli complete pakej ebook dari website www.kevinzahri.com. Dalam masa sebulan aku yakin boleh turunkan berat badan sekitar 2-3kg. Bagi aku nak turun berat badan itu senang sahaja, tapi nak naikkan berat badan lagi laa senang giler. Part paling susah nak maintain berat badan huhuhuhu.

Oleh kerana aku tak tahan badan dah rasa lembik macam ayam berak kapur, cek suhu badan takde la demam. Aku geram, ambil botol air, buka video workout Power 90 yang aku letak dalam iPad aku. Aku mula bersenam buat Sculpt circuit sampai habis. Bantai 5kg dumbbell di kedua belah tangan. Menyesal juga guna 5kg, patutnya aku letak ego kat belakang pintu dan mulakan dengan 3 kg. Tobat!...Tobat! aku tak buat dah camni.

Lepas sejam buat workout, baru aku rasa lega. Hilang rasa tension, depression, manic, gila babi dan segala macam perasan. Ni yang aku semangat semula nak menulis blog ni.

Sebenarnya, berdasarkan pembacaan aku yang tidak seberapa, senaman workout ni banyak khasiat. Lebih baik khasiatnya dari minum power root tongkat ali dan tongkat basikal. Senaman ni boleh mencegah banyak penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gila babi, kemurungan dengna syarat ianya digandingkan dengan pemakanan yang seimbang dan sihat. Kalau tak percaya, cuba cari dalam google scholar dengan keyword 'exercise'. Sudah pasti berjuta-juta journal dan artikel akan keluar yang menceritakan pasal kajian barat tentang kehebatan khasiat bersenam.

Masyarakat kat Malaysia ni masih kurang yang bersenam dengan cara yang betul dan 'betul-betul' bersenam. Setakat jalan-jalan dengan makwe kat taman tu bukan namanya bersenam. Paling aku sedih kalau orang kat Malaysia ni tak sihat ajo, terus fikir nak makan supplement itu dan ini, semuanya asyik pasal 'makan' ajo. Mungkin sebab aktiviti makan paling senang kot nak dibuat oleh kebanyakan orang kita ni.

Kalau nak tahu bersenam tu efektif ke tidak, cuba ukur denyutan jantung, pastikan ianya sekitar 150/min barulah namanya bersenam. Denyutan yang laju sewaktu bersenam tu berkhasiat boleh melindungi dari penyakit jantung. Tapi kalau nak pengiraan paling tepat ialah (200-umur sekarang) x 80% = denyutan jantung yang berkhasiat memberikan perlindungan pada jantung.

Sekarang ni aku kena bersemangat semula dengan bersenam, nak tahu kenapa? Sbb aku tengok video kat youtube. Kalau korang tengok video ni, aku rasa pasti akan bersemangat giler nak bersenam dan nak buat sesuatu perubahan dalam hidup masing-masing. Jom tengok video ni, aku harap ianya memberi makna dan inspirasi kepada korang semua.


10 comments:

  1. bro,u buat p90 ni strict diet x?susah r jaga makan :-/

    ReplyDelete
  2. Saya tak strict sangat diet buat masa ni sbb saya ni baru peringkat permulaan. Semua tak memilih sangat jenis makanan. Ia bergantung kepada matlamat. Buat masa ni saya mahu turunkan berat badan lagi, jadi saya akan pastikan total kalori adalah defisit sekitar 500kcal setiap hari(dgn diet dan exercise). Dalam seminggu turun 0.5kg, sebulan turun sekitar 1.5-2.5 kg pun sudah cukup memadai. P90 satu sesi senaman akan bakar kalori sekitar 300-400 kalori.

    ReplyDelete
  3. Bro, tak susah sebenarnya nak jaga makan, cuba awak baca ebooks kevinzahri, senang macam kacang ajo nak jaga makan. Yang penting ialah sedikit motivasi dan komitmen.

    ReplyDelete
  4. x,mksud sy makan makanan yang sihat yang susah ..haha :D
    lagipun sy baru lepas spm,just nk tmbah muscle mass jeh..hehe :)

    ReplyDelete
  5. sebenarnya makanan yang kita makan seperti nasi, sayur, ikan ayam semuanya makanan sihat dan boleh menambah muscle mass. Cuma kombinasi mestilah seimbang. Sebab saya sangat2 cadangkan baca ebook kevinzahri, nanti bro akan faham lebih lanjut. Saya tidak berapa suka tentang makanan spesifik yang mahal seperti whey protein yang dikatakan boleh increase muscle mass, ianya membazir untuk level orang biasa mcm kita. Kalau nak tambah muscle mass, lebih baik buat weight training, dan tambah protein dalam diet dengan makan lebih sikit dada ayam.

    ReplyDelete
  6. oh..baru tahu :) sy sekarang tengah buat insanity month 2 . ok nnt sy cek ebook tu,hehe thanx :D

    um..nk tnya sal hrm polar ft4 bro beli dekat DAVIS tu..berapa hari bro receive bnde tu? coz i've paid on 19th march n still don't received mine :( die mmg lmbat hntar eh?

    ReplyDelete
  7. baguslah kalau dah buat insanity, tapi ianya lebih kepada cardio workout. Tp ianya very heavy, saya tak larat nak buat. Tapi saya dah ada semua DVDnya. Yg penting bro, kena jaga kalori tu, kalau makan tak jaga, exercise mana2 pun tak akan berjaya membuatkan kita capai matlamat. Kalau bro nak tambah muscle mass, saya sangat cadangkan kardio workout. Pasal jam Polar FT4 tu, dia davis tu memang pos cepat, setakat ni jam tu mmg saya selalu pakai sebagai jam tangan. Tapi cuba bro contact dia, takut stok dah habis buat masa ni atau dia terlepas pandang. Kalau dia buat hal, report kat pihak lelong.

    ReplyDelete
  8. yea~lpas ni plan buat Les Mills Combat :D tp video wat hal :(
    dia ckp stok blum smpai lagi..ayah suruh mbik refund tp sy nk sgt jam tu..nk setkan target heart rate zone xtlampau overrate coz i'm anemia..huhu

    ReplyDelete
  9. wuhohohoh, less mills tu memang intense juga. Kalau awak anemia, kena rawat dulu laa anemia tu, silap kang boleh kena serangan jantung sbb oksigen takleh nak cover jantung. Lepas anemia tu corrected, barulah buat exercise. Kenapa anemia? bahaya exercise kalau anemia tau.

    ReplyDelete
  10. err..sy dh lma anemia since tahun 4 lagi.keturunan kot?sbab ayah sy pn anemia jgak dlu. jadi xleh wat la LMC n insanity tu?? T^T btw,bro ad Les Mills tu ke?ori atau mbik dr torrent? sy nk video dia..video sy corrupt :(


    ReplyDelete