Wednesday 13 March 2013

Sakit badan selepas bersenam


Antara cabaran apabila memulakan senaman setelah rehat yang panjang ialah sakit badan. Kalau dalam bahasa saintifiknya ialah "delayed onset muscle soreness (DOMS)". Kalau dalam bahasa kita, sakit badan atau otot selepas bersenam. Sepanjang pengalaman aku bersenam selama beberapa bulan ni, kadang kala rehat dan malas-malas, bila nak start semula bersenam kena jangka perkara seperti ini akan berlaku.


Aku teringat pepatah omputeh "No Pain No Gain". Ada benarnya bila dikaitkan dengan senaman. Sakit badan ni sebenarnya adalah 'nikmat' bagi diri aku. Walaupun ikhlas aku katakan, aku tidak suka sakit badan. Aku suka bersenam waktu malam dalam pukul 9-10 malam. Sebab waktu siang aku balik lewat dari kerja. Siang-siang nak bersenam  agak malas sedikit, kerana waktu petang aku agak lapar dan letih, biasanya aku malam dahulu sebelum bersenam.

Sakit badan selepas bersenam jangan pula tersilap dengan kekejangan sewaktu bersenam atau "cramp". Yang tu adalah sangat berbeza dengan sakit badan selepas bersenam. Ok, kat sini aku nak terangkan secara ringkas pasal DOMS atau sakit badan ni:

Bilakah ianya berlaku:
Biasanya ia berlaku selepas 12 jam selesai membuat senaman. Ianya tidak berlaku sewaktu membuat senaman, bahkan aku tidak rasa sakit apa-apa pun kat badan setelah selesai membuat senaman. Sakit akan mula dirasai selepas 12 dan akan berakhir 2-5 hari bergantung kepada ketahanan kita. Kalau yang newbie baru nak start sentuh dumbbell tu, biasanya akan terjelepek kat atas katil laa selama 5 hari. Paling lama sakit badan aku rasai ialah hampir 4 hari, dan paling singkat ialah 1 hari sahaja.

Kenapakah ia berlaku:
Ianya dipercayai akibat koyakan kecil dan sangat halus (mikroskopik) pada otot kita. Koyakan itu akan diperbaiki oleh sistem tubuh kita dan apabila kita sudah sembuh, otot kita akan semakin kuat dan besar. Alaaa, macam cerita dragon ball laa, Son Goku, kalau training lagi kuat dan sembuh dari kecederaan ia akan menjadi semakin kuat dan hebat. Mujur tak bertukar jadi gorilla ajolah hahahahaha.

Apakah ianya bermanfaat:
Sebenarnya DOMS atau sakit badan selepas bersenam ini bermanfaat kerana otot kita akan mengalami adaptasi dan akan bertambah kuat. Jangan jadikan alasan sakit badan ini sebagai sebab untuk tidak meneruskan senaman, kerana manfaatnya sangat besar.

Apa beza sakit badan dan kekejangan atau kecederaan yang lain.
Biasanya kekejangan, kecederaan ligamen putus urat, patah tulang; sakit yang datang adalah SEWAKTU senaman berlaku, ianya akibat dari postur atau teknik senaman yang salah. Faktor lain berlakunya kecederaan ini ialah kerana terlebih ego nak angkat berkilo-kilo sedangkan baru hari pertama sentuh dumbbell. Aku pernah mengalami sakit bahu sampai takleh nak ikat kain pelikat sebab ego sangat nak angkat berat melebihi dari sepatutnya. Selepas itu taubat dah, start slow-slow, yang penting jangan cedera, nanti susah nak bersenam semula.

Adakah warm up dapat mengurangkan sakit badan
Warm up dapat mengelakkan risiko kecederaan. Tetapi DOMS atau sakit badan selepas bersenam tidak dapat dielakkan, kecuali kita buat senaman yang tidak meletihkan, tidak lapar dan dahaga iaitu senaman mulut (mengumpat).

Apakah rawatan
Setakat aku baca, kalau tak tahan sangat sakit badan, digalakkan ambil panadol ajo. Cara lain ialah urut dengan minyak angin, letak ais. Tapi sepanjang pengalaman aku, isteri aku ajo yang tolong urut. Kalau aku balik rumah mertua, ada kerusi urut, tumpang sekaki kat situ. Elakkan mengambil ubat NSAID kerana ia akan menyebabkan penyembuhan otot terbantut dan tidak menjadi kuat. Ada juga aku terbaca boleh guna 'roller foam'. Tapi aku rasa tak perlu pun, picit-picit ajo dengan tangan, sehari dua settle la sakit.

Kesimpulannya, sakit badan selepas bersenam ni bagus hehehehe, sebab ia membuktikan senaman kita tu adalah berhasil, dan yang pasti tubuh kita menjadi semakin kuat selepas ia sembuh. Ada orang kata ianya menyumbang kepada afterburn effect dimana pembakaran lemak akan berlaku sepanjang otot kita sakit tu. Wow! itu membuatkan aku lebih teruja untuk bersenam.

Jom bersenam!

29 comments:

  1. Saya juga sedang berusaha menurunkan berat badan.. Saya juga mengalami sakit selepas bersenam setelah hanya sehari saya mengikuti workout yg sy search di web Youtube.. cuma saya ingin tahu, bile kita mengalami sakit selepas bersenam, adakah kita perlu menghentikan senaman kita sehingga kesakitan kita sembuh atau meneruskan sahaja senaman tersebut.. terima kasih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurangkan ckit senaman tu...x elok jugak troskan besenam dalam keadaan badan kita sakit..juz buat senaman yg ringan2 ckit sementara sakit2 badan sembuh

      Delete
    2. Saya pun setiap kali puss up dan angkat dumbell mesti ada rasa sakit selepas bangun tidur......sekarang saya dah tahu sebab apa sakit ingatkan semakin teruk rupa-rupanya semakin OK!!!!

      Delete
  2. nk tnye skit....sye ade buat senaman sit up utk perut tp lps 3 hr okey...hr ke4 perut sye sakit,mcm kesan kuat lps bt sit up....bnde ni normal ke ataupun teknik sye yg salah?

    ReplyDelete
  3. saya nak bagi cadangan, suami saya lepas kayuh basikal, main futsal atau buat exercise dalam rumah memang sakit badan jugak. tapi sakit-sakit badan ni hilang selepas saya beri dia makan Cinch Shake Shaklee dan Ostematrix. bangun tido esok hari memang sedap je badan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpunn blnja karipap konfim hilang ya gak

      Delete
  4. perkongsian yg sgt bermanfaat. saya sendiri, kalau rasa sakit2 selepas bersenam, memang elak sangat segala jenis ubat. biasanyya, klu ambil joint health tablet, ESP shaklee dan ostematrix, rasa sakit tu tak lama sangat.

    ReplyDelete
  5. Ingatkan nak kurus...tapi lepas skipping berjam jam badan sakit esokkan harinya. Terbantut niat nak kurus.

    ReplyDelete
  6. ESP SOY PROTEIN SHAKLEE tuh bgus utk otot ke?plss let me know =)

    ReplyDelete
  7. sy ade buat sit up,20 kali 1 sesi,hari kedua lpas buat rasa sakit bwh perut...ingtkn ade pe

    ReplyDelete
  8. Saya baru start berzumba. N alami sakit otot. Sy ambik ostematrix bcomp dan esp shaklee. Syukur la sakit makin kurang. Yg best lebih bertenaga dan kurang lapar.. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak nak tanya yg ubat shackle mende jadah ape tah elok ke? Kalau tk silap dulu pernah viral produk tu penyebab kanser

      Delete
    2. Kak nak tanya yg ubat shackle mende jadah ape tah elok ke? Kalau tk silap dulu pernah viral produk tu penyebab kanser

      Delete
    3. Saya bukan penjual shaklie... tapi boleh tanya or tegur dgn bahasa yg baik. Jangan sakitkan hati orang sebelum org sakitkan hati kita.

      Bekas Pengetua.

      Delete
    4. produk shaklee memang elok.... tak pernah ada lagi produknya yang menjadi penyebab kanser... membantu memulihkan pesakit kanser lagi ada....

      better mohon consultation dari pengedar bertauliah untuk sebarang maklumat...

      apa yang viral... kita selidik dulu...

      Delete
  9. Paling best sakit kt biceps perhhhhh....mmng best...pasto trus p cari dumbell lg untuk angkat....dn trus angkat...agar otot biceps mmbesar...dan akhirnya...no pain no gain..succes...

    ReplyDelete
  10. Paling best sakit kt biceps perhhhhh....mmng best...pasto trus p cari dumbell lg untuk angkat....dn trus angkat...agar otot biceps mmbesar...dan akhirnya...no pain no gain..succes...

    ReplyDelete
  11. Sakit nye . Lepas buat leg raise utk abs . Trus x leh brdiri straight . Sakit giler kat upper abs. No pain no gain.����

    ReplyDelete
  12. Saya sakit dekat bahagian tricep dan chest.. sakit sampai tak boleh nak angkat tangan melebihi paras bahu. so nak letak ais je ke mcm mana?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum,saya ada buat push up..tapi bahagian dada dan lengan nampak lah perubhannya,tapi bawah lengan sakit yang amat..nak bend pun susah,lagi nak angkat beban berat..itu sebab apa yep,tissue terkoyak banyak ke macam mana..thanks :)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum,saya ada buat push up..tapi bahagian dada dan lengan nampak lah perubhannya,tapi bawah lengan sakit yang amat..nak bend pun susah,lagi nak angkat beban berat..itu sebab apa yep,tissue terkoyak banyak ke macam mana..thanks :)

    ReplyDelete
  15. Saya ada buat senaman untuk pinggang dan peha.. lepas tu konek saya keras mencanak.. adakah ianya normal?

    ReplyDelete
  16. Saya ada buat senaman untuk pinggang dan peha.. lepas tu konek saya keras mencanak.. adakah ianya normal?

    ReplyDelete
  17. Sy stuju dgn No Pain No Gain..nk kurus, nk sihat n fit kene latih dri utk bersenam slalu..sakit2 ckit tu biasala..lenguh sbnrny

    ReplyDelete
  18. Sy stuju dgn No Pain No Gain..nk kurus, nk sihat n fit kene latih dri utk bersenam slalu..sakit2 ckit tu biasala..lenguh sbnrny

    ReplyDelete
  19. No pain no gain. Setuju. Walaupun sengal sengal ubi. Haha

    ReplyDelete
  20. setiap kali saya buat senaman perut (sit up kot rasanya) mesti akan cramp pada bahagian perut....sakit ya amat sngt.......adakah itu bahaya untuk saya?

    ReplyDelete
  21. boleh ke saya teruskan workout walaupun badan masih sakit2?

    ReplyDelete