Sunday 10 March 2013

Konsep Asas Tentang Kalori

Beli kat kevinzahri

Huh, lama betul aku tak post kat blog ini. Ni namanya hangat-hangat tahi kucing. Sudah banyak perkara berlaku dalam hidup aku, kecuali berat aku sahaja yang duk maintain pada tahap memuaskan.

Antara perkara paling mencabar dalam menurunkan berat badan ialah nak maintain berat badan. Nak turun senang, tetapi nak maintain berat yang ideal dan comel adalah sangat-sangat mencabar kerana ia memerlukan komitmen dan motivasi yang berterusan.

Sekarang aku nak share pasal KALORI. Kalau nak turunkan berat badan, tapi tak tahu sehabuk pun pasal kalori, nasihat aku lupakan ajo hasrat tu. Kita tak akan sampai ke mana pun, kalau pengetahuan asas tahap cipan pasal kalori pun tak pernah tahu. Buatlah senaman angkat berat beribu-ribu kg sehari sekalipun, jangan harap berat badan akan turun kalau tak pernah kira pasal kalori.

Apa itu kalori?

Kalori ialah tenaga yang terhasil apabila kita makan apa sahaja dinamakan makanan. Tolak batu, kayu dan besi. Apabila kita melantak lagi banyak makanan, maka kalori yang masuk dalam tubuh kita akan lagi banyak. Antara karbohidrat, protein dan lemak; kalori paling tinggi dalam lemak, tetapi bergantung juga kepada kuantiti pengambilan. Kalau melantak makan protein berkilo-kilo setiap hari, berat pun akan naik juga kerana protein pun ada kalori juga.

1kg bersamaan dengan 7700 kalori. Kalau nak turun 1kg, kena hilangkan 7700 kalori. Kalori yang berlebihan akan menyebabkan berat badan naik. Ia dinamakan KALORI SURPLUS. Ini bermakna apabila kita makan melebihi dari keperluan TUBUH, bukan NAFSU. Kalau ikut nafsu, perut dan tubuh bagi signal red alert sekalipun, tak kenyang-kenyang lagi.

Jadi kalau mahu turun badan, WAJIB pastikan kalori defisit, iaitu makan jangan melebihi keperluan kalori yang diperlukan oleh tubuh.

Jadi macam mana nak kira semua tu?

Sebab tu kena belajar pasal Basal Metabolic Rate (BMR), Daily Calory Requirement (DCR). Kalau tak kira detail kalori harian, jangan harap berat akan turun. Kat internet berlambak-lambak kalkulator online cara nak kira BMR dan DCR.

Aku bagi contoh lagi senang, ini contoh kisah sebenar diri aku.

Profil diri aku:

Umur: 33 tahun
Berat: 64kg
Tinggi: 165 cm
Jantina: Lelaki sejati

Kalau menggunakan kalkulator yang terdapat kat internet (cuba google ajo) maka BMR aku ialah : 1543.40. Akan tetapi BMR ni untuk kiraan badan aku yang paling asas iaitu jika aku tidur sepanjang hari, maka BMR aku takat tu ajo. Aku perlu makan sekitar 1543.40 kalori ajo setiap hari.

Akan tetapi, aku pun ada aktiviti juga setiap hari seperti berjalan, makan, memandu kereta, sepak kucing dan anjing, cuci tandas, joget chicken dance dan lain-lain. Maka Daily Calory Requirement (DCR) aku adalah lebih sedikit iaitu anggarannya: 1852 (desk job), 2122 (lightly active, exercise 1-3x per week).

Oleh kerana aku mahu turunkan 5 kg lagi dalam masa 5 minggu. Jadi aku kena buat kiraan la. Kalau mahu diet sahaja (susah sikit sbb kena strict diet) aku kena hilangkan 38500 kalori dalam masa 5 minggu, purata sehari aku kena defisitkan kehilangan kalori aku sebanyak 1100 kalori.

Ok, next step, kalau aku nak diet ajo, aku kena makan hanya 752 kalori ajo setiap hari, mampus laa aku. Seorang manusia kalau nak hidup normal kena makan sekurang-kurangnya 1800 kalori setiap hari, tapi kalau nak turunkan berat badan 1000 kalori setiap hari dikira sangat rendah. Jadi aku kena buat adjustment supaya aku boleh makan banyak sikit. Katakan aku sanggup exercise berzumba yang boleh bakar 800-1000 kalori setiap hari, maka aku boleh top up kalori aku nak makan sebanyak 800-1000. Jadi 752+1000 = 1752kalori. Haaa, yang ni tak penat sikit.

Segala contoh ni untuk bagi faham, memang pada mulanya agak rumit sikit. Kalau nak senang, beli software iphone ajo yang kevinzahri duk jual tu. Dari dulu aku duk guna tu ajo, senang sikit, tak pening kepala pun. 

Pastu macam mana nak kira kalori dalam makanan pulak. Yang ni tak payah susah, download ajo kalori makanan database yang aku letak kat website ni, yang ni aku dapat free dari kawan aku. Dalam tu ada banyak giler pasal makanan Malaysia, percayalah, korang tak akan jumpa kat mana-mana pun database seumpama ini. Hargailah apa yang aku bagi ni.

Sebenarnya nak kurang berat badan dengan diet semata-mata boleh ajo, tapi body nanti tak cantik, mengelebeh dan tak toning. Aku tak minat sangat berat turun semata-mata kerana diet, sebab ultimate target aku bukan setakat turun berat badan, tetapi nak naikkan body lean mass iaitu berat otot aku. Sebab berdasarkan research aku, berat lean mass yang tinggi berpotensi menjadi penawar kencing manis dan banyak penyakit kronik yang lain. Ianya juga rahsia untuk awet muda dan sihat sepanjang masa. Tak perlu pun bergantung kepada supplement yang entah apa-apa.

Nasihat aku, plan ahead apa yang nak dimakan setiap hari, buat catatan diari diet. Jangan makan kurang dari 1200 kalori sehari, kadang kala kita akan overestimate, menyebabkan tubuh kita letih lesu. Sabar dalam menurunkan berat badan dan jangan push lebih-lebih diri kita, setiap orang ada matlamat masing-masing, kita bukan nak buat competition dengan orang lain, kita buat competition dengan diri kita.

Dulu time aku kira kalori dan particular pasal nutrition fact setiap makanan, orang pandang aku ni pelik macam biawak, akhirnya bila aku berjaya turunkan berat badan sekitar 6 kg dalam masa 2 bulan, dan aku bertambah hensem, ramai pulak yang tergedik-gedik duk puji aku. Piraaaahhh! kawan waktu hensem dan senang mudah dicari, bila kita gemuk dan boroi ramai duk kutuk.

Setakat ni, aku rasa nak share secara percuma dengan korang pasal info cara nak kurus yang BETUL dan TEPAT tanpa guna sebarang produk yang entah apa-apa. Aku harap post ini dapat membantu walaupun sedikit. Semoga kita semua sihat dan berjaya.

2 comments:

  1. Hahaha..suka baca..melawak je..terima kasih atas perkongsian Ilmu..

    ReplyDelete
  2. baru nak start ni ... good info. Perkongsian ilmu yg amat berguna untuk semua. tq

    ReplyDelete