Friday 5 April 2013

Catatan Diari Diet


Semalam aku mendapat mesej dari kawan aku yang mengatakan berat badannya dah mencecah 100kg. Wow! Tahniah, jika ianya suatu cabutan bertuah untuk peserta ke 100 sudah pasti dia akan mendapat hadiah. Akan tetapi hadiah yang diperolehi ialah seluar cap ayam kegemarannya sudah tidak boleh dipakai. Oh, situasi itu pernah berlaku kepada diri aku. Rasanya lebih dari 3 seluar aku tidak boleh dipakai. Sekarang dengan penurunan berat badan sekitar 5-7kg, seluar tersebut telah berjaya aku pakai dengan selesanya.

Ramai kawan-kawan aku mula kagum dengan diri aku walaupun penurunan berat badan aku tidaklah seberapa sangat. Tetapi yang penting ialah ilmu yang ada pada aku berdasarkan pembacaan ebooks kevinzahri, website, fitness magazie dan etc. Dulu aku ingatkan kawan aku ni pandai sebab dia selalu post kat facebook pasal cheat diet. Rupa-rupanya bila ditanya, hari-hari dan setiap sarapan / meal dia cheat. Nampak gayanya dia masih belum dapat grab the concept diet lagi.

Kat sini aku nak kongsikan suatu perkara terpenting bila dah nak kuruskan badan cara natural (tanpa bantuan herbalife, SDII, shaklee shake dan seangkatan dengannya). Perkara itu ialah Catatan Diari Diet. Terus terang aku katakan, kalau tak nak buat diari diet, tak payah fikir nak kuruskan badan. Itu pengalaman aku. Kenapa perlu ada diari diet? Ni sebabnya:
  1. Membolehkan kita tahu secara detail pola pemakanan kita, apa yang kita makan seminggu dan sebulan yang lepas. Lainla kalau ada fotografik memori, bapak semua perkara boleh ingat sampai meletup otak tu, maka diari diet ni tak perlu la. 
  2. Membolehkan kita merancang dengan mudah sebarang perubahan ke atas pola pemakanan kita. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai pola pemakanan yang berbeza. Contohnya aku suka minum susu, hari-hari mesti minum susu. That's fine, minum lah, jangan halang diri ni, nanti ianya akan memberontak, tapi kena negotiate la, jangan minum sampai satu tong sehari, tapi kena kira contohnya minum 100ml ajo (low fat milk) tanpa gula. Ataupun kita suka makan nasi 4 kali sehari, kalau tak makan nasi boleh lembik lutut. That's fine, makanlah nasi tapi jangan sampai satu periuk, makan kurang dari saiz penumbuk baru. Diet tidak semestinya diubah secara drastik, tetapi berdasarkan kadar toleransi emosi dan fizikal tubuh kita. 
  3. Catatan diari diet membolehkan kita membuat fine tuning kepada diet kita supaya kita dapat break weight loss plateau yang sangat mencabar. 
  4. Diari diet membolehkan kita mengira upah untuk diri sendiri iaitu 'cheat day' agar kita boleh melepaskan hawa nafsu yang dikekang. Contohnya nak makan nasi lemak. Ianya adalah makanan paling tidak sihat, tetapi kadang kala tak boleh nak tahan nafsu ni. Jadi kita bagi peluang kat tubuh dan nafsu kita melampiaskannya sebulan sekali agar tidak gersang. Kalau dalam sebulan dah achieve penurunan berat badan melebihi target kita, maka kita bagilah upah diri sendiri ni dengan membelasah nasi lemak dalam julat yang dibenarkan. 
  5. Diari diet membolehkan kita trace balik kesilapan dalam diet kita, Contohnya bila dah buat semua langkah-langkah diet dalam ebook kevinzahri, pastu tak turun-turun juga berat badan, maka waktu tu boleh la jumpa aku atau sesiapa yang se hebat aku, boleh laa bincang dan muhasabah kenapa berat tak turun. Kadang kala ada orang syok sendiri, kiraannya underestimate, ingatkan makan 1000kcal, tapi bila kira balik jadi 10 000kcal. 
Dan banyak lagi kelebihan diari diet.  Rupanya kawan aku tu tak pernah buat catatan diet diari. Ni namanya syok sendiri. Dia pun claim dia selalu exercise, tapi kuat makan. Hmmm, aku boleh agak dah, ni mesti lari-lari anak (yang disangka jogging). Kalau ikut pengalaman aku, jogging ni memang meletihkan dan hasilnya paling sikit. Biasanya orang jogging paling lama pun setengah jam ajo, dan kalori dibakar sebenarnya sangat sedikit iaitu sekitar 100-200kcal ajo. Ni antara sebab aku tak suka jogging, baik buat dumbbell workout, lagi penat tetapi kalori dibakar sewaktu workout dan selepas workout memang tinggi.

Jadi bagaimana nak buat diari diet? Senang ajo, pergi kedai mana-mana, beli buku 555 yang kita selalu gunakan waktu kecil dulu-dulu. Tulis apa berat badan semasa, Daily Calory Requirement (DCR), berapa target mahu turun dalam masa berapa lama, berapa kalori defisit pastu voilaaa.

Pengalaman aku dulu, aku hanya ambil masa tak sampai 48 jam study ebook kevinzahri yang super simple. Aku put into action segala langkah-langlahnya dalam ebook tu terus. Akan tetapi, nak betul-betul selesa dengan pola diet yang di modified sikit-sikit tu ambil masa selama hampir 2 minggu. Tapi resultnya sangat marvellous. Satu minggu satu kg, sampai mak mertua terkejut beruk ...huhuhahohhaoahah melihat aku dah kurus. Amik kau...sampai bini membebel takut kita cekung kurus. Ni betapa hebatnya diari diet.

Ok, setakat tu dulu, nasihat aku pada yang komited sangat nak kurus tu, study laa dulu jangan kedekut nak keluarkan duit beli buku. Ilmu tu takde tempoh expiry date. Tapi kalau duk teguk herbalife dan SDII, sebulan akan telan sekitar RM500-700 beb!, tapi beli buku RM60 ajo complete package dan ilmu tu boleh tahan sampai 7 keturunan.

Semoga perkongsian ilmu ni memberi manfaat kepada orang lain.. psssst, aku pun nak restart semula diari diet, hari tu stop kejap sbb malas nak catit. Sekarang aku dah jumpa buku note kecil lama, boleh buat catatan. Berat aku naik sikit sebab muscle besar, dan bini pun asyik ajak makan kat luar. Lepas ni aku kena disiplinkan diri juga....rileks laa beb, aku tak keluarkan kos pun untuk kurus sebab cara aku guna ialah cara natural.

No comments:

Post a Comment