Thursday 4 April 2013

Jenis Bentuk Badan dan Matlamat Senaman

Dulu aku tak pernah tahu pasal perkara ini. Kadang kala aku tertanya-tanya kenapa ada sesetengah orang ni kurus cekeding macam cicak kubing. Kalau mereka makan melantak gila-gila pun masih boleh maintain badan kurus. Kadang kala aku rasa cemburu dengan orang bertubuh kurus cekeding tu. Akan tetapi, setelah aku membaca lebih lanjut melalui ebook kevinzahri barulah aku faham keadaan sebenarnya. Aku bersyukur kerana mempunyai jenis bentuk badan seperti ini. Yang penting ialah aku kena pandai jaga diet (pemakanan) dan kena tahu jenis senaman yang perlu dibuat oleh aku untuk mendapat badan yang kurus tetapi tough.

Terdapat 3 jenis bentuk badan yang utama. Ada juga orang yang mempunyai bentuk badan 'in between' jenis-jenis yang utama ini. Tetapi tidak kisah asalkan kita faham betul-betul apa jenis exercise dan perubahan yang perlu dibuat dalam diet kita.

Jenis bentuk badan ialah:


1. Ectomorph

Bentuk badan macam ni nampak kurus cekeding. Kurus, otot tak banyak, hardgainer (susah nak naik berat badan dan otot bila bersenam). Contoh bintang filem yang ada bentuk tubuh macam ni ialah Bruce Lee. Jadi sesiapa yang angan-angan nak ada body macam Bruce Lee pastikan bentuk tubuh secara genetiknya sama, kalau tak anda akan kecewa menonggeng. Walaupun aku selalu nampak kelebihan orang ada bentuk badan macam ini iaitu susah nak gemuk, tetapi mereka ni kasihan sebenarnya sebab susah nak naik berat badan dan susah nak naik otot-otot. Pendek kata, nak jadi tough ni susah giler kalau ada bentuk badan macam ini.


2. Mesomorph

Yang ni adalah bentuk badan aku. Kalau untuk orang perempuan jenis bentuk badan macam ni kita boleh tengok macam "hourglass" shape. Kalau untuk orang lelaki, ianya berbentuk rectangular shape. Antara contoh orang terkenal yang ada bentuk badan macam ini ialah Tiger Wood. Kelebihan ada bentuk badan macam ini ialah senang nak bentukkan menjadi tough, response sangat cepat dengan  latihan seperti dumbbell dan kardio. Berdasarkan pengalaman aku, dengan buat weight training tak sampai 2 minggu, bini aku dah komplen biceps aku menjadi besar. Tapi kelemahan bentuk badan macam ni ialah aku kena jaga strict giler diet dan kena balance antara kardio dan weight training workout sebab berat badan mudah bertambah dan lemak pun mudah bertambah. Tidak hairanlah, kalau aku berhenti bersenam selama 2 minggu dan makan lebih sikit, berat naik mendadak. Huhuhuhu, akan tetapi aku redha, bersyukur dan pasrah. Yang penting bukan menyalahkan genetik dan diri sendiri, tetapi aku melihat sudut positif iaitu akan merancang diet dan senaman yang sesuai untuk diri sendiri sehingga aku mencapai matlamat aku.

3. Endomorph

Syukurlah aku tak ada bentuk badan macam ni. Bulat atas dan bawah. Berat badan mudah naik, tetapi susah giler nak turun. Orang yang ada bentuk badan jenis macam ni memang sesuai buat senaman yang fokus lebih kepada kardio seperti Tabata training, Insanity untuk bakar lemak habis-habisan. Weight training kalau buat tak payah banyak sangat sebab mereka ni mudah sangat nak naik berat otot.

Kot mana pun jenis berat badan, aku rasa sebenarnya tiada 'kelemahannya' kerana semua adalah ciptaan Allah swt yang sempurna. Yang penting ialah kita kena tahu hikmah disebalik bentuk badan dan kena buat perancangan diet dan senaman yang sesuai untuk bentuk badan yang kita ada. Mujurlah aku tahu tentang perkara ini, kalau tak memang susah aku nak handle tubuh aku ini. Aku harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada orang lain bagi menambah nilai hidup mereka dalam diet dan bersenam.

No comments:

Post a Comment