Sunday 7 April 2013

Kurus dengan Puasa

 Adakah puasa sunat, wajib, qadha, ramadhan dan lain-lain boleh menguruskan badan?

Jawapannya senang : Ya.

Berdasarkan ebooks kevinzahri yang aku pulun, sememangnya puasa berpotensi menurunkan berat badan. Kebanyakan orang hampir 90% akan turun berat badan sewaktu bulan ramadhan. Aku mengakui perkara ini kerana wake-up call dan turning point aku kurus berlaku bulan Ramadhan. Pada bulan tersebut, walaupun aku makan agak melantak, tetapi berat  aku tetap turun hampir 3 kg. Aku percaya bahawa nak menurunkan berat badan tidak lah susah, nak menaikkan berat badan lagi laa senang (bapak senang, senang giler beb!), tetapi yang paling susah ialah nak maintain berat badan yang ideal; itu yang paling susah.

Berbalik kepada puasa, selepas Ramadhan, hampir 90% akan naik semula berat badan. Mengapa ini berlaku? Ini kerana pola atau tabiat pemakanan seseorang akan kembali kepada normal (gaya hidup yang tidak sihat). Iaitu kalori surplus.

Puasa adalah salah satu kaedah nak menurunkan berat badan secara sihat. Apabila puasa, secara automatiknya minda kita akan disetkan bahawa kita tidak akan makan dan minum sehingga waktu Maghrib. Oleh itu, tubuh tidak akan berasa letih, lapar dan dahaga. Akan tetapi, kalau berlapar tanpa puasa dan  skip meal, craving akan berlaku, dan over melantak akan berlaku menyebabkan kegemukan.

Di sini, secara peribadi aku tidak bersetuju jika seseorang itu menjadikan puasa sebagai matlamat utama untuk kurus tanpa belajar konsep "weight management". Seringkali aku melihat ramai orang berpuasa Isnin dan Khamis dengan tujuan untuk kurus, tetapi berat badan masih ditahap yang sama, bahkan naik pulak.

Di sini aku bagi contoh kenapa kita boleh kurus dengan puasa, dengan mengambil contoh berat badan 65kg.

Bagi orang yang tidak peduli berat badan, biasanya mereka akan makan sebanyak 3-5 kali. Biasanya jumlah nasi (karbohidrat) yang diambil ialah sekitar 3-4 senduk, lauk ayam seketul besar, sayur 2 senduk (kalau yang jenis makan sayur), air manis. Secara mudah kiraanya ialah 600-700kcal satu sarapan. Andaikan mereka mengambil 3 kali sarapan utama dan 1 kali snek berbentuk roti dan air manis (anggaran 400kcal) maka jumlah kalori ialah : 600x3 + 400 = 2200kcal sehari. Sedangkan bagi orang normal sekitar 65kg keperluan kalori sehari ialah sekitar 2000kcal sahaja. Ini menyebabkan pertambahan kalori surplus 200kcal sehari. Lebih teruk jika mereka tidak suka bersenam. Kalau sebulan 6000kcal surplus, maka pertambahan berat badan ialah hampir 1kg.

Bagaimana pula dengan orang berpuasa Ramadhan?
Oleh kerana jumlah kuantiti makanan diambil setiap sarapan ialah sama, tetapi jumlah sarapan hanya 2-3kali sahaja iaitu bersahur, berbuka dan moreh. Maka paling banyak pengambila satu hari ialah 600x3 = 1800kcal sahaja. Ini menyebakan defisit 200kcal sehari. Maka sebulan berat berkurang paling minimum ialah 1kg. Jika mereka melantak waktu berbuka, biasanya moreh makan sedikit dan bersahur makan sedikit, maka biasanya kalori defisit sehari ialah sekitar 500kcal, maka dalam sebulan biasanya jumlah defisit ialah 15000 kcal iaitu 2 kg penurunan berat badan.

Jadi macam mana pula dengan puasa sunat Isnin dan Khamis.
JIka berpuasa konsisten selama sebulan, maka defisit yang dihasilkan oleh puasa ialah: 8 x 500= 4000kcal. Sepatutnya penurunan 1kg sebulan. TETAPI perlu diingat, 20 hari yang tiada puasa itu menghasilkan kalori surplus iaitu 200x20= 4000. Jadi 4000 defisit dan 4000 surplus = 0. Berat maintain.

Kesimpulan yang aku boleh buat dari sini ialah, kalau tabiat pemakanan yang ada tidak diubah, ilmu diet yang betul tidak dipelajari, maka puasa tidak menjadi berkesan untuk menurunkan berat badan. Ia mungkin boleh maintain berat badan. Tetapi perkara sebaliknya berlaku, ramai orang berpuasa konsisten Isnin dan Khamis, merasa berada di zon selesa iaitu boleh melantak, maka mereka memberi upah bagi diri mereka dengan bertandang ke restoran-restoran dan secret recipe untuk melantak. Maka berat mereka tetap bertambah. Ramai orang berpuasa untuk menurunkan berat badan, tetapi apabila berbalik kepada tabiat pemakanan, tidak pula ingin mengikut sunnah iaitu "makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang".

Di sini, aku tegaskan bahawa aku tidak anti puasa sunat, tetapi gunakan sebaiknya puasa sunat itu. Ilmu tentang kalori defisit / surplus, tabiat pemakanan yang baik MESTI dipelajari kalau mahu kurus. Mengharapkan semata-mata pada puasa untuk menguruskan badan TANPA ilmu kalori atau diet adalah suatu langkah yang tidak tepat.

Insya Allah aku akan cuba berpuasa sunat satu hari nanti, dan aku akan kongsikan kehebatan puasa yang aku percaya berpotensi pecahkan "weight loss plateau", dengan syarat ada ilmu pasal diet la.

2 comments:

  1. sebenarnya ia boleh kurus juga kalau hati susah

    ReplyDelete

  2. Masa paling baik dan pantas untunk mengurukan badan adalah semasa bulan puasa.Ini adalah kerana badan kita akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan ,untuk memenuhi keperluan enerji harian kita.Di saat yang sama juga prosess ini dapat melepaskan bahan-bahan kimia yang diikat bersama dengan lemak itu .Seterusnya,bahan-bahan kimia ini akan dibuang oleh organ-organ yang bertugas untuk detoksikasi.
    EDISI KHAS:Cara Kurus Dengan Cepat Sempena Bulan Puasa Ramadhan

    ReplyDelete